Wednesday, January 4, 2012

Tahun Baru 2012

As Salam kawan2 dan follower2 yang ramai nih,

Selamat tahun baru 2012 aku nak ucapkan pada semua..Hari ni dah 5 hb Januari tp aku rasa x terlambat untuk aku wish pada semua..Apasal skema sgt ni ayat aku..sejak duduk sebelah Dayah ni aku jadik skema lak..Sebab Dayah garang (ben 10)..

X ada cerita yang menarik pun yang aku nak kongsikan cuma aku rasa, ada keperluan untuk aku, wife, family, kawan dan orang2 sekeliling tanamkan azam yang x semestinya baru, walaupun lama pun xpe, cuma kene maintain dan perbaiki..Aku rasa tahun ni aku nak ubah lifestyle aku kepada yang lebih baik..

Makin lama, usia makin meningkat, badan semakin usang..Jadinya aku rasa antara target aku tahun ni nak ubah cara pemakanan aku dan wife kepada yang lebih sihat..Macam kt bawah ni gambar makanan malam aku skrg..Sebelum ni makan nasi je memanjang, patutla gemuk n berat..Sebelum ni berat aku 104kg tapi semalam aku timbang kt pantry 94kg..turun 10kilo tuh (padahal mesin timbang rosak)..hampeh..



Selain tu, kalau ada rezeki and doa kawan2, aku harap dapat berhenti merokok atau kurangkan merokok(harapannn)..Tapi aku akan berusaha..aku dh start x isap rokok dalam toilet dah..so good news tuh..

Azam seterusnya adalah untuk memberi lebih..Maksud aku kalau sebelum ni aku gi masjid, aku sentiasa set minda aku untuk letak RM2 kat kocek baju aku untuk didermakan kt tabung..Sebenarnya, apa yang aku buat tu adalah some sort of memberi limitation atau restriction kepada amal jariah yang aku nak buat..Macam x ikhlas pun ada..So tahun ni, aku berazam nk ubah cara pemikiran aku kepada yang lebih baik dan ikhlas..

Sebab ada cerita disebalik ni, aku sendiri yang melihat masa khatib tgh berkhutbah pada hari jumaat..Ada 3 orang Bangla ni dok saf depan aku..Tabung masa tu yang jenis bergerak ada roda..Dalam hati aku kata,"Berapa la Bangla ni nak bagi?"..Terbeliak bijik mata aku tengok diorang seluk kocek diorang yang aku rasa ade RM20-RM30 dan tanpa tengok atau mengira duit tu, diorang terus sumbat dlm tagung tu..Perghh tertelan air liur aku..

Itu cerita pasal azam, tapi aku ada harapan jugak untuk tahun 2012 ni..Macam2 wishlist aku untuk tahun ni, yang utama ialah untuk mendapatkan zuriat yang sihat walafiat..Harap Tuhan makbulkan doa kami sekeluarga n kawan2..Yang pasti, aku akan tetap BERUSAHA..heheh..

Selain tu, of course la nak kereta baru, beli rumah lagi satu, naik pangkat n lain2 yang best2..mende tu sume duniawi..tapi best jugak kalau dapat..

Sebenarnya, motif aku tulis post ni adalah untuk menjadikan impian aku dalam bentuk penulisan.. Ini adalah satu cara yang efektif untuk berdoa bak kata Dr Azizan OSman..

Dan nak share ngan kawan2, jangan difikir2kan masalah yang ada..cuma kita fokus pada target kita n jangan jadikan masalah yg ade sbagai halangan untuk kite lebih maju..Kalau kita betul2 nak kan sesuatu, InsyaAllah kita akan dapat dengan berkat doa and usaha..Ini adalah daripada percakapan Dr Azizan Osman..Hari tu aku pergi dia punya event..

Kalu difikir2kan, 40 tahun pun x abis fikir..kita kene bertindak..Jangan duduk rumah je kalau ada masa free..Keluar, embrace the environment, cherish the beauty of life..appreciate your surroundings and most importantly express your gratitude to Allah..Bersyukur kawan2 dengan apa yang kita ada dan nikmat di sekeliling kita..Kalau kekurangan sumber, xpe, keluar je..pergi tempat2 yang x memerlukan kita mengeluarkan duit..yang penting kita nikmati kehidupan kita..Ini adalah cadangan yang dinyatakan Rhnoda Bryne dalam bukunya 'The Power" yang aku beli masa Big Bad Wold book fair hari tu.. Sapa nak pinjam bleh btau aku.. Best baca buku ni and lagi best bile kita apply dalam kehidupan seharian..

Ok aku nk kuar meeting..chalos..


Ni apa motif?



Ni masa gi wayang xde tiket, so tengok je la replika cars tu..apa motif?

Saturday, June 18, 2011

Aku dh tengok KL Gangster..

Malam semalam aku gi alamanda putrajaya..biasa la..destinasi aku kalau nk tgk wayang..asal tgk wayang je gi alamanda..asal gi alamanda je tgk wayang..mmg xde keje lain kt situ selain tgk wayang, amik tiket parking and bayar tiket parking.

Cerita yang aku tengok semalam adalah KL Gangster..Ceritanya simple sahaja dan predictable..Ok la untuk orang2 yang berfikiran straight forward or simple minded..tapi terkejut jugak aku dengar carutan2 kt dalam cerita tu..berani jugak finas bagi kebenaran untuk cerita tu ditayangkan..tapi bila fikir2 balik..mana ada cerita kongsi gelap cakap baik2..x rock ar..xkan diorang nak cakap dengan lemah lembut,"eh, awak ni siapa ya?tolongla jangan ganggu saya kat sini..awak pergi la cari kat tempat lain.."harapannn la kalau diorang nk cakap camtu..

Aku rasa diorang akan buar prequel gak ni..sbb x tau asal usul watak2 dlm citer tu..tapi diorang banyak gaduh pakai tangan je..xde guna senjata..aku rasa untuk tak nak bagi pengaruh yg x baik kepada budak2 baru nk naik kot.. bagus jugak..cuma mungkin sebab aku dah terbiasa tengok cerita young and dangerous kot..katam habes..

aku bukan tulis ni nk bagi review ke suggestion suruh pergi tgk ke..tapi kalau korang boring2 dok umah x tau nak buat apa..korang pergi la tengok untuk tambah pengetahuan pasal dunia realiti ni mcmana..aku rasa ada part yg realistik yg kita x tau di sebalik apa yang kita nampak sekarang ni..btol la kata aaron aziz..semuanya nampak tenang, tapi apa yang berlaku di belakang, menyimpan pelbagai rahsia dan cerita..damn good lah you seth tan!!

lagi satu nk update, bini aku ada buat cake chocolate chip semalam..InsyaAllah kalau aku x habiskan hari ni, esok kitorang bawak gi opis..TQ..


Friday, June 17, 2011

Kesabarannn..

Sori la kawan2, x sempat nk update la minggu ni..4 hari outstation kt JB..Yang pergi, aku, bini aku and fendi gilo..Mentang2 la keje satu company, bini aku pon ikut sekali..adoi x pernah berjauhan..tapi bagus gakk..kang kalau jauh2, aku gak yg susah..

Aku nk citer pasal trip kitorang ke JB masa weekdays baru nih..Di assign untuk berada di sana selama 4 hari tetapi dipendekkan kepada 3 hari disebabkan kerja yang pantas disiapkan ditambah pula dengan keadaan kenderaan yg rosak..

Memang menguji kesabaran btol la masa ada di JB tuh..Belum sampai JB lagi (exact location di Machap), tiba2 kerata yg kami naiki bergegar dengan kuat sekali..Vibration tu jugak mengeluarkan bunyi yg sangat lah menghantui jiwa kalau terus menerus dihayati..Aku mmg pantang kalau dengar bunyi pada kereta aku..asal bunyi je kompem aku anta workshop..sbb kalau dibiarkan, aku rasa mcm kereta tu nk menangis atau meraung kesakitan..x sampai hati aku nk bawak..sesetengah org x amik port, dia pakai lenjan je..

Fendi pandu perlahan2 sampai ke destinasi..lepas je meeting pertama, kami terus pergi meninjau keadaan rumah sewa perempuan di taman U..Mmg terkejut la aku tgk umah tu..Bak kata Shuib Sepah.. OMG!!OMG!!..hahahha..mmg kotor dan yang paling best, satu rumah berbau busuk..tp logik la..umah dah tinggal berapa lama..siap ade bekas ternak jentik2 lagi kt luar..nasib badan..Camane la kitorang nak tidur situ..Nak anta si Fendi kt Bandar Baru Uda jauh plak memandangkan kereta rosak..so kami sefilah suara (sebulat suara), sewa hotel je la..senang sikit..Maka tidurlah kami di Rose Cottage Hotel untuk dua malam..

Esoknya nak repair keta, tapi tu la..Ongkosnya xde, so apa boleh buat..anta checking je la..nk siasat apa yg rosak, aku x belajar automotif ni..setelah selesai membuat beberapa testing, mekanik diagnose masalahnya adalah axle belakang (gearbox)..kalau nak ganti baru, RM20k, kalau recond, sila standby RM8k..Banyak cantik muka kau..Ingat aku ni cop duit agaknya..dia punya cakap perkataan 20K n 8K tu mcm 20 sen agaknya..xpe la..apa2 hal pon, let the boss decide..Dia pon decidela supaya kami bawak pulang ke KL perlahan2 30km/j..Kitorang pon setuju..

Umah plak..Mmg btol la jodoh dan pertemuan di tangan Tuhan..Aku dari semalamnya lagi fikir and belek2 henset kot2 ada lagi no tepon Sholiha (cleaner di CICT)..sebab nk minta bantuan untuk membersihkan umah bujang tersebut..Malam tu mmg aku hampa la..sbb no tepon dia aku dh hilangkan kot..Pagi esoknya masa pergi kerja, baru je nk masuk CICT, dari jauh dah nampak Sholiha tengah menyapu sambil tersenyum melihat kitorang..Syukur, lepas diberitahu, dia pon bersetuju untuk kemas rumah tersebut tapi nak buat bersama2 kawan dia..Upahnya RM70..Memang lega la aku..Boleh budak2 team Lab lepas ni duduk umah tu..xpayah la sewa hotel cam kitorang..bleh save cost..

Last Day adalah kamis, dengan pantasnya kami membuat kerja..Tengahari jam 12 dah siap sume kerja..Mmg Sempoi..Apa lagi, kami sebulat suara nk bergerak balik..Sbb jangkaan kitaorang, perjalanan akan ambik masa selama 10-12 jam campur rehat..x lalu hiway tau..lalu jalan persekutuan tau..haaaaaaaa..jgn main2..ini mision impossible nih..tapi lepas sejam driving dalam keadaan perlahan dan lalu jalan dalam, kitorang perasan yang it is a good journey..x rasa boring langsung..kiri kanan ada je menda2 yang boleh dibualkan..orang jual jagung, pisang goreng n mcm2 lagi..tapi mencabar bile dah mencapai malam..mmg mencabar..Menjelang malam, kami baru nk masuk tampin, negeri sembilan menuju ke rembau dan seremban..jalan memang gelap gelita..Yang pertama, kitorang berjaya mengelak daripada menggilis seekor Alip Wau Lam Ra yang tengah melingkar kt atas jalan..pas sekawan lembu yang melepak kt atas jalan..Gile nasib baikk..and yang paling best, kitorang dapat merasa selepas sekian lama x tengok event ni depan mata..keretapi melintas jalan..Aku happy btol dapat tengok event ni dalam hidup aku lepas dekat 10 tahun aku x tengok..Best siap aku amik gambo lagi..

Ni kat bawah ni ada gamba2 yg aku sempat amik..Si fendi sikit2 check ini guna facebook..Jadi gambarnya limited..hahhahahha..Tapi overall, it was a good journey..Syukur kitorang sampai KL dengan selamat..Terima kasih pada Pihak pengurusan yang sangat prihatin terhadap situasi kami..

Di Bengkel
Singgah makan di Yong Peng
Singgah semayang kat Masjid Al Azim Melaka
Ni kat area Machap ni
Keretapi lagu gilo..Almaklumla, kamera enset x berapa kualiti..

Sunday, June 12, 2011

Almari (Behind the Scenes)

Haaa..sori la kawan@ semalam x sempat nk update..sebab semalam aku kuar gi jumpa kawan2 lama kt universiti dulu..Bini kuar jugak ngan kawan dia Cik Naniez..'Girls Day Out' le katakan..Sakan sungguh deme ni..Xpe la sekali sebulan apa salahnya bersosial..Asyik dok umah dalam kepompong sendiri je xleh gak..X berkembang otak nanti..

Hari ni mmemang aku kene kerahan tenaga..Gi Giant beli barang2 keperluan untuk bulan ni..Bini siap buat list lagi tu..punya la panjang..sampai x muat envelope TM tu..10 minit pertama membeli barang, satu hape yg dalam list pon x beli lagi..tapi dlm troli mcm dh banyak je..Almaklumla, kitorang pergi area tools beli screw drebar, WD 40 n mcm2 lagi la..Ni bini aku mmg semangat suruh beli..Sebabnya nak pasang Almari IKEA..X pasang2 lagi..Beli dh dekat 3 bulan, tp x pasang2 lg..BZ bebenor gamaknya..

Ari ni aku kasi chan la..Dia masak sambil tu aku menggodek almari tuh..10 minit pertama aku perhati je buku manual pemasangan tu..Aku rase boleh tembus jugak la aku membaca buku tu..Konpius kejap..Lepas je aku pegang alatan yang pertama iaitu screw driver, tiba2 aku dapat semangat, ntah dari mana datang ntah..tibe2 je aku gigih..apa lagi, makin laju le tangan aku bergerak..

User manual tu aku rase mmg user friendly la..zde la konpiuskan sgt..yg masa awal2 tu bukan konpius, maleh je lebih..hahahha..tapi tu la dia..alat yang digunakan 3 je..x susah mana pun..tp amik masa gak la wat..sejam lebih gak..Ye ar, siap sket gi kuar isap rokok..Masa nk isap rokok lagi byk dari pasang almari..

Masa ujung2 tu, kene pasang laci dia..time tu bini dah ada kt sebelah membantu..so ringan sikit beban..ye la, apa x nya..dalam user manual tu suruh buat keje 2 org..bukan sorg..Heheheheh..Tapi bila siap, mmg puas hati..mmg best gile rasa..rase mcm jadik hero dalam citer transformers..puas bile menang..

Bile dah sekali psang perabot IKEA ni..aku rase mcm best plak..mcm nak gi borong je barang2 kt ikea..nak pasang semua..hahahhahah..Xpun kalau korang nk upah aku pasangkan untuk korang pun xpe..bayor je RM3 000..confirm siap..barang RM 200 upah pasang 3 ribu..Gilo..Hahahahha..

Xpe la..aku rase cukup la untuk ari ni..dh maghrib ni..aku tinggalkan korang dgn gambar2 pemasangan almari ni..

Tq..Assalamualaikum..





Haaaa cantik x?? Kalau nak mintak upah pasang sila call Mail Lambung di 012 7471626

Thursday, June 9, 2011

Update yg ke 2 untuk 2011 (against Rohani)

Assalamualaikum,

Ini merupakan update yg ke 2 untuk tahun 2011 yg bertentangan dengan pendapat mzhany. Hahahah..best plak rase blog dh ade background baru..buku2 ni membuat aku rase mcm berilmiah dan bercita2 tinggi..(padahal As kata ramai je org pakai background ni, dia dh muak tengok)..xpe la..janji aku dapat makan nasi lemak ngan karipap untuk breakfast..tu pon dh cukup..

Ni nak cerita..Korang pernah terfikir x, hidup ni bukan kite bersendirian je..even bukan kita dengan bini kita..mahupun bukan juga kita, bini kita, dan anak2 kita..tapi sebenarnya kita ni hidup dalam satu komuniti..aku x rase semangat hidup berkomuniti tu dh x wujud macam dulu lagi..sekarang asal komuniti je, sume dalam internet..x payah bergerakk..dok dalam umah ngadap laptop pon dh bleh berkomunikasi ngan orang lain..Apa aku cakapkan ni?? Sebenarnya aku x kesah pun..Hahahaha..Namun bergitu, disebabkan broadband bini aku dah lebih kuota, aku terpaksa la bersosial secara physical..Korang jgn ingat physical tu aku bergays dengan KJ plak..hahahhahah..Kesimpulannya, aku n wife gi la umah KJ semalam untuk menziarah isterinya yg sedang pregnant..bukan untuk melawat KJ..Heheheh..

KJ adalah Khairi Mansor..Gile jauh..patotnye KM..Kalau KG ok gak jadi Khairi Gays..hahahahha Pada yg x kenal beliau, KJ merupakan bekas staff di company aku keje sekarang ni..tapi disebabkan beliau pandai berpolitik, maka sekarang dh jadi menteri di salah sebuah kementerian..Hahahahahah..Umah dia kt sebelah hotel tuuu..dahsyat btol..tp best la umah dia..aku mmg puji cara gomen menjaga kebajikan staf2 diorg..smpi aku pon jeles..tp xpe..rezeki masing2..

Kitorang dijamu dengan mcm2 makanan..murtabak, kopok lekor, satay, agar2 untuk pencuci mulut..Tu pon selepas susahkan KJ untuk menggunakan internet dia..Almaklumla, aku kene email sesuatu doc yg urgent untuk Boss smlm..berpeluh2 KJ tarik kabel, tarik broadband, semua la dia tarik..hahahha tq bro..sedap plak tu murtabak dia..mmg aku bantai itu ngan satay..kuah kacang x usik..kang aku balik naik wilcha lak kang..menyosal eden kang..

Lepas makan, tiba la masa KJ untuk berlagak ngan koleksi siri One Piece (budak getah) yg sebanyak 466 episod..Hampeh betul..Jeles aku..Aku baru tgk smpi 380..tu pun tersekat sebab nak kahwin ari tu..Gile Alasannnnnn...Jangan marah Pn Hafilah..Anyway, sebenarnya hari ni anniversary perkahwinan kitorang yang ke sparuh (iaitu sudah 6 bulan)..Boleh??Anniversary yg ke separuh..

Gile la..dh 5 perenggan dh aku tulis..si Dayah kt sebelah dh tegur2..ko tulis proposal ke??Hampagas Dayak..udoh le tu..teman nk pergi makan nasi lemak ngan karipap ni..bye2..ni ade sikit je gambar yg sempat aku amik semalam..tengok le..


Perghhhh.....X leh jadi ni.. James lagi advance..

Gilosss...Berapa lama dah aku x update blog ni..setahun ada kot (kecualikan update yg ditulis oleh hafilah sebelum ni)..oh yer..lupa lak nak bgtau..kot2 la ade yg x kenal hafilah..sebenarnya aku dah berkahwin dan hafilah ni isteri aku..(mcm ramai sgt followers blog ni, padahal sume budak opis je)..

Aku tiba2 ternampak link Aku Seorang Ajak kat blog jayhemsem..so aku pon masuk..sian lak tgk xde entry baru..Korang bayangkan la sampai x terfikir pon nak update.. Ternampak kt blog org lain baru sibuk nak menaip new post.. Jeles plak tgk blog James yg dah semakin aktif sekarang ni..siap ada iklan lagi tuhh..kalau klik kt iklan tu, james dapat duit..perghhhh camtu tiap2 ari la keje aku klik sampai kaya..Hahaha..

Gile apa aku merepek ni..Kalau nak cerita pasal mende2 yang backdated, aku rase 3 bulan update setiap hari pon x cukup..nak cerita pasal kawen je aku rase dh sebulan..xpe ar..camni la..untuk tidak menghampakan followers2 aku yg x berapa nak ramai ni, aku akan cuba sedaya upaya untuk update new happenings yg terjadi pada diri aku atau org lain sekerap yg boleh..Kalau boleh, aku korek telinga pon aku cerita kt korang..

Mari kita lihat, sama ada aku berjaya ke tidak mengekalkan kesinambungan dan mengembalikan blog ini seperti zaman2 kecemerlangannya suatu ketika dulu..(mcm pernah berlaku!!)..hahaha..Kurang2 aku kene lebih daripada Dayah..sbb dayah xde blog..hahahahha..

Ok tenkiu..Bye2..

Thursday, March 24, 2011

Ajak kentot

Test
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.