Thursday, November 6, 2014

Too nice for your own good..Noooo

As Salam

Hmmm rasa bersemangat plak nk tulis blog malam2 buta ni. Actually aku baru smpi rumah. Dari opis tadi terus amik Pn Hafilah and Aina pergi makan KFC. Sbb dia nak makan ayam bombay delight yg baru tu katanya..baiklah..layankan aje la..kang moncong sedepa kang..hehe gurau..

Apa yang nak ditulis ni sebenarnya ya..oooo lupa nak btau yg burger yg aku makan td mmg best..sesiapa yg suka makanan pedas akan suka la..

Too nice for your own good..

Itu la tajuk buku yg aku tgh baca skrg..well, basically author ni cuba untuk mengajar kita (org2 yg baik) supaya jangan membuat 9 kesilapan yang common apabila kita nak membantu orang lain yg memerlukan bantuan..in other words, it is how for nice people to say 'NO' dgn cara berhemah..half way through the book, aku rasa mcm pemikiran mamat ni x selari dgn pendapat aku..aku bukan nk kata x setuju semuanya..ada pendapat2 beliau yg bernas..tapi ada yg kurang..

Well, aku dah baca beberapa buku sebelum ni..Antaranya The Power and The Power of Giving..both buku ni xde pun ajar aku untuk cakap TIDAK..Lebih hebat lagi, Nabi Muhammad S.A.W pun dalam memberi dakwah, walau ditentang hebat oleh kaum yg x terbuka menerima ajaran Baginda, sehingga Baginda belari dalam keadaan kasut yang penuh dengan darah selepas dipukul dan diserang..Para sahabat berasa kagum dgn Baginda yang berdoa..bukan untuk menghancurkan puak tersebut..tapi supaya Allah turunkan Hidayah ke atas mereka untuk menerima Islam..betapa hebatnya..

Fuhh cerita mcm Ustaz daa..padahal aku baru je dengar cerita ni..

Well pada pendapat aku la..kita jangan bataskan apa yg kita nak beri..kalau ikhlas, InsyaAllah rezeki kita x putus dan mungkin bertambah lagi..mcm aku cerita dalam entry yg dulu..apa yg membuka mata aku adalah bilamana mamat bangla yang kerja car wash atau restoran mamak mendermakan sejumlah wang dalam poket beliau ke dalam tabung masjid yg bergerak, tanpa melihat berapa jumlahnya, beliau terus selamba memasukkan wang kertas ke dalam tabung tersebut tanpa melihat kiri kanan pun..sedangkan aku yg kerja boleh tahan ni, masih menyediakan rm2 dalam poket baju aku setiap kali sebelum seolat jumaat utk didermakan ke dalam tabung masjid..

Kesimpulannya, kita fikirkan lah dalam2 dan buat kesimpulan sendiri..apa jalan yg kita pilih..Asalkan tidak kita abaikan tanggungjawab kita sbg ketua keluarga, anak, adik, kawan, boss, dan lain2 peranan kita dalam masyarakat n kehidupan seharian kita..

Aku menaip ni dah macam dalam cerita Sherlock Holmes dah ni..yok yok oooo je.. Entah ada orang baca ke tidak, tapi aku tetap nak terus menulis.

Ok assalam. Gudnight..

2 comments:

  1. dh lame aku tunggu entry ko.don;t worry..aku silent reader ko..mmg aku baca.hahahah..hai sherlock!

    ReplyDelete
  2. Selama ni aku akan menolak biasanya akan membuat alasan... kalau terus terang akan lain jadi nya...

    Salam kenal

    ReplyDelete