Saturday, November 15, 2014

BOWlin..

As Salam..

Pukul 4.15am - Aku terjaga dari tidur ni sebenarnya..Dalam tidur pun fikiran aku boleh terganggu..Hampeh..Aku nak kata mimpi, bukan, tapi mmg aku xleh nk tido balik la..mengganggu betul la..Jadi apa aku buat? Tulis blog le jawabnya..

Owh..Siang tadi ada bowling tournament kat OU..Started at 11am..Aku, Zaid, Fazdee and Hadi McD main la satu team..Yang aku x bleh blah tu, nama team aku tu..ESOT PRO..What the hell? Vongok punya Zaid..Bagi la nama best2 sket..Hahaha..

Dah 2 tahun aku join tournament ni dan kedudukan team kitorang x lah tercorot tapi antara yang tercorot la daripada 21 team..Kitorang main actually just for fun and to embrace semangat kesukanan la..Bukannya hari2 aku main boling ni. Last main tournament bulan 12 tahun lepas..Xpayah la expect nak menang..

Rasa macam kelakar pun ada.. Orang lain datang tournament tu dengan beg bowling masing2..kitorang bawak beg yang sports club bagi tu je la..Jadik le..Tapi eh..aku rasa puas hati la lepas abes main 3 game tu..Jatuhan pin aku = 121, 105, and 129..Total 355 untuk 3 game..Kira ok la tu..mungkin untuk orang lain, point tu agak rendah tapi pada aku itu dah kira ajaib dah tu..Biasanya bawah seratuih je..Bukan aku sorang je, team mates aku pon semua played very hard and we enjoyed every moment of the game.. That is the most important thing..Next year InsyaAllah, kita bukan sahaja nak enjoy, but we also wanted to win..

Kan betul cakap aku..Team pompuan confirm menang punya..Team Cath & Izan dapat no 3 kot (Siap dapat RM300 tu, bukan nak open table pun), team Go Go Gorgeous, Farhana (yang mula2 xnak main..poyo je x nak main..sekali menang), Kak Maz yang pakai kasut sekolah main boling (jangan marah ye), Julez yang masa kerja konon2 demam tapi bila main boling jadi sihat and lagi sorang kawan Hani kot..x kenal..

So, aku just nak share gambar2 di sekitar tournament tadi..padahal gambar kitorang je..


Ni aku tunjuk point aku yg paling tinggi..orang lain rendah je..Haha..

 Hadi McD dah balik dh time ni..Fazdee high score 166 tu..


Baju tu dah XXL dah..tapi macam kecik je..Terpaksa aku pakai corset nak cover lebihan2..hahaha


Ok la..aku sambung tgk movie je la since x bleh tdo ni..Jap lagi 830 pagi appointment ngan Perodua lak..servis kereta 5000 km..

Layann..

As Salam..

Thursday, November 13, 2014

I would want a Guitar..

As Salam..

Semalam aku, Zaid and Hadi lunch jauh sikit. Nak ubah angin katanya..Asyik2 makan kat either Warong Anda atau Pulau atau Mamak Hameed. Tu je la pusingannya..Kalau makan kat Mamak Hameed, Zaid akan merajuk..ssambil hayun2 tangan dia mcm budak kecik..so sekali lagi aku akur..kali ni bukan aku sorang je..Hadi pun akur gak..

Amik kereta kat Basement, pas2 gerak ke tempat yang dituju iaitu Kedai Ah Kow..Kedai ni mmg la tokey dia Chinese (harus la, dah nama dia Ah Kow, bukannya Zakaria) tapi makanan dia Halal InsyaAllah..Lokasi nya dekat food court Jalan Raja Muda Musa..sebelah dia HKL..Zaid nak makan mee kicap katanya..memang la sedap kat sini..aku pun pernah try tapi time tu aku terasa nak makan ayam kampung..dah lama ngidam..

Aku tau tajuk entry ni pasal gitar..jap la..aku nak citer pasal makanan dulu..Hahaha

Ok la, sebaik aku masuk je area food court tu..aku terdengar bunyi petikan gitar and ketukan drum..Rupan2nya ada budak2 yang berbusking kt tengah2 food court tu..Suara dia dah la sedap..lagu2 yang dia nyanyikan plak semua lagu baru2..tu yang aku rasa macam nak berlari depan depan dia..pas2 tabik hormat..Hebat betul la budak 2 orang ni..One day u'll be successful bros..Gi jumpa David Teo, confirm dia amik kerja punya.,.

Well, mata aku tertumpu kat tulisan di hujung gitar dia..FENDER..no wonder la bunyi dia best..aku bukanlah expert pasal gitar2 ni..tapi aku tau la sikit2 nak main gitar camane..Aku rasa mcm nak share je video yang aku ada dalam simpanan aku dulu..masa kat universiti..Rasa mcm nak share je tapi aku rasa dulu aku mcm penjenayah pun ada..dengan jambangnya, misainya..hadoi..

Dalam video tu ada arwah macha panggil nama aku lagi..Semoga Arwah ditempatkan dikalangan orang yang Beriman..

Sorry la about the video quality..sebab zaman tu..i phone atau samsung s4 x keluar lagi..zaman 3GP ni..


Kesimpulannya, aku nak beli gitar..Pn Hafilah, sila belikan saya 1..YAMAHA pun ok..Heheh..

Ok Sekian..

As Salam

Monday, November 10, 2014

Gymnasium 1.0

As Salam..

Entry ni adalah untuk menceritakan macamana aku terjebak ngan gym..terjebak la sangat..baru first time aku gi gym kat opis selama 1 setengah tahun aku bekerja di celcom..selalunya aku lalu je gym tu kalau aku nak gi beli rokok kt kedai mynews..paling jauh aku tgk pon setakat sampai pintu gym tu je..dalam mmg x nampak la sbb pintu dia perforated..

Ini semua kerja si zaid la yang pujuk aku..dia kata dia nak dapatkan fitness dan kuruskan badan supaya dia dapat main bola seperti zaman sekolah dulu..aku sebagai BFFL, kene la akur dgn keputusan yg dia buat..ahahah akur la sangat..tapi aku ikutkan je so aku pun bleh bersenam..gila lama aku x bersenam keluarkan peluh..so inilah peluangnya..Free lak tu..kalau kene bayor mmg harapan la aku nak gi..

first mende yg aku buat adalah berjalan dan berlari atas treadmill..mesin tu tanya umur aku berapa, berat badan dan berapa minit aku nk berlari..aku pun pilih la 10 min sebab itu yg minimum..hahaha..aku pun berlari la ikut rentak dan kelajuan mesin tu..settle 10 minit, aku check la berapa jauh aku dah berlari..hampes 500 meter je..ingat lagi masa selection main bola dulu 2 km under 12 minit..selamba je aku buat..ini kalau 2 km mau makan masa sejam nih..

Dah settle buat cycling and mesin apa tah lagi satu, aku pun berehat amin gambar sambil warm down..sebelah aku ada mesin timbang..aku pun diri la atas tu..uishhh terkejut aku tgk berat aku dh turun 2 kilo..agak2 la..xkan baru satu hari turun gym, berat dh turun 2 kilo..mmg x la..kalau camtu aku gi 12 hari je la setahun, terus dapat BMI, aku rasa ni hasil aku tukar jadual diet aku..pagi skrg roti ngan nutella or kaya je la..tghari makan nasi, malam xyah makan berat2..furthermore, aku minum air mau dekat 3 botol lebih sekarang..

Aku rasa la..well, not a bad experience la for first timer..brader2 kt situ pun very helpful and tolong ajar cara2 nk bersenam..diorang x payah cerita la..lengan masing2 dh mcm kayu balak..aku punya peha lagi kecik dari lengan diorang..apa kes..hahaha..

Okey la..penat nih..nak tdo..esok aku ada site meeting for our big project..

Selamat malam..As salam..

Friday, November 7, 2014

Farhana oo farhana

As salam..

Xtau la ada yang membaca ke x..tapi aku tetap nk menulis..

Hari ni nak bercerita pasal colleagues in kt tmpt kerja..tu yg tajuk dia farhana oo farhana..(hana, aku dh btau eh aku nk tulis entry pasal ko, jangan saman aku)

Lets start with..

Farhana - of course la..dah tajuk dia macam tu..of course la dia dulu..ok farhana ni orangnya sangat kelaka..dia bukanlah orang yg mula membuat lawak..lawak dia akan berada dalam jawapan yg dia bagi atau bila dia dapat point nk kenekan orang. Dia punya tambah lauk mmg nombort 1..tapi minah ni mmg kesayangan big Boss la..dia ada capability untuk tukar sampah (slide yg aku buat) menjadi berlian (slide aku yg dia dh revise dalam masa sejam je). Omputeh kata "Midas Touch". Hebat sungguh..sekali pandang muka dia mcm Najwa Latif, dua kali pandang pun mcm Najwa Latif..cuma dia x sangkut gitar la kt belakang dia..

Zaid - Mamat ni bestfren aku la..orang lain kata aku ngan dia BFFL ( Best Friend For Life). Dah setahun 7 bulan aku knal mamat ni sampai aku tau pergerakan dia..kalau ade awek2 chun ke seksi lalu je, cuba korang tgk mata dia..Confirm punya meliar..aku dah hidu dah pergerakan dia ni..aku plak mmg x bleh menipu dia la..aku dahla xpandai menipu..mmg senang je aku kene kantoi ngan dia ni..tu namanya chemistry..dia ni suka marah orang..asal ada yg x betul pada mata dia, siap la org tu..

Catherin - Amoi ni mmg sarcastic..tp dia ngan aku je la yg dok buat reporting utk department kitorang..best gak minah ni..kelaka..kata 2 dia mmg berbisa la kalau dgr..sinis..walaupun sinis, tapi aku gelak je kalau dia mengeluarkan hujah2 dia bile dia x bersetuju dgn sesuatu..cath ni health concious orangnya..selalu gi gym, makan healthy food, masuk larian2 amal 5 km la 11km la..jauh tu..kalau aku naik moto 11km boleh la..kalau lari, mau biru muka aku separuh jalan..main boling pon power minah ni..kalau masuk tournament tu confirm dpt hadiah..apa x nya..yg masuk 10 team, hadiah nya sampai no 10..hahahahah confirmla..

Maznah - Kak maz panggilan manjanya..dia kerjanya manage hotel bookings untuk staff2 yg nak pergi travel..minah ni kerja dia berat la pada aku..umpama dalam cerita pendekar bujang lapok, kerja cabut ekor beruang..hahahah sorry kak..tapi aku kagum la ngan dia ni..for many reason, aku kagum la..kalau dia x siap kerja dia, alamatnya, staff tido kat masjid atau rumah tumpangan le jawabnya..ini la orang yg bagi kesedaran kt aku betapa pentingnya minum air kosng 3 ke 4 botol sehari. . Sepertimana yg aku praktikkan sekarang..well, aku xkan berjaya gak kalau catherin x bagi aku botol air tu..thanks cath n kak maz..

Masing2 ada personaliti masing2 yg unik..aku pun rasa best la berada di sekeliling org2 ni.. Really appreciate u guys..

Dah pukul 12 tgh malam dah pun..aku sebenarnya nak sambung cerita pasal brader khalid, rahimi, kak sal and ramai lagi tapi mcm mana2 pengacara majlis cakap la..masa mencemburui kita..haha..aku pun nak tido gak..Kalau aku Batman xpe la..boleh selamatkan org malam2 buta ni..

Ok lah..tido dulu..

As salam







Thursday, November 6, 2014

Too nice for your own good..Noooo

As Salam

Hmmm rasa bersemangat plak nk tulis blog malam2 buta ni. Actually aku baru smpi rumah. Dari opis tadi terus amik Pn Hafilah and Aina pergi makan KFC. Sbb dia nak makan ayam bombay delight yg baru tu katanya..baiklah..layankan aje la..kang moncong sedepa kang..hehe gurau..

Apa yang nak ditulis ni sebenarnya ya..oooo lupa nak btau yg burger yg aku makan td mmg best..sesiapa yg suka makanan pedas akan suka la..

Too nice for your own good..

Itu la tajuk buku yg aku tgh baca skrg..well, basically author ni cuba untuk mengajar kita (org2 yg baik) supaya jangan membuat 9 kesilapan yang common apabila kita nak membantu orang lain yg memerlukan bantuan..in other words, it is how for nice people to say 'NO' dgn cara berhemah..half way through the book, aku rasa mcm pemikiran mamat ni x selari dgn pendapat aku..aku bukan nk kata x setuju semuanya..ada pendapat2 beliau yg bernas..tapi ada yg kurang..

Well, aku dah baca beberapa buku sebelum ni..Antaranya The Power and The Power of Giving..both buku ni xde pun ajar aku untuk cakap TIDAK..Lebih hebat lagi, Nabi Muhammad S.A.W pun dalam memberi dakwah, walau ditentang hebat oleh kaum yg x terbuka menerima ajaran Baginda, sehingga Baginda belari dalam keadaan kasut yang penuh dengan darah selepas dipukul dan diserang..Para sahabat berasa kagum dgn Baginda yang berdoa..bukan untuk menghancurkan puak tersebut..tapi supaya Allah turunkan Hidayah ke atas mereka untuk menerima Islam..betapa hebatnya..

Fuhh cerita mcm Ustaz daa..padahal aku baru je dengar cerita ni..

Well pada pendapat aku la..kita jangan bataskan apa yg kita nak beri..kalau ikhlas, InsyaAllah rezeki kita x putus dan mungkin bertambah lagi..mcm aku cerita dalam entry yg dulu..apa yg membuka mata aku adalah bilamana mamat bangla yang kerja car wash atau restoran mamak mendermakan sejumlah wang dalam poket beliau ke dalam tabung masjid yg bergerak, tanpa melihat berapa jumlahnya, beliau terus selamba memasukkan wang kertas ke dalam tabung tersebut tanpa melihat kiri kanan pun..sedangkan aku yg kerja boleh tahan ni, masih menyediakan rm2 dalam poket baju aku setiap kali sebelum seolat jumaat utk didermakan ke dalam tabung masjid..

Kesimpulannya, kita fikirkan lah dalam2 dan buat kesimpulan sendiri..apa jalan yg kita pilih..Asalkan tidak kita abaikan tanggungjawab kita sbg ketua keluarga, anak, adik, kawan, boss, dan lain2 peranan kita dalam masyarakat n kehidupan seharian kita..

Aku menaip ni dah macam dalam cerita Sherlock Holmes dah ni..yok yok oooo je.. Entah ada orang baca ke tidak, tapi aku tetap nak terus menulis.

Ok assalam. Gudnight..

Sunday, November 2, 2014

I need a CHANGE!

As Salam..

Not sure what i am doing but u know what? i truly need a CHANGE.

Wow..betul2 lama x update la..Korang tau x, aku spend masa Sabtu Ahad ni untuk belek balik apa yang mengarut sejak tahun 2009. Omputih kata, Time Flies By...Pejam celik pejam celik, dah hampir 3 tahun since last entry..Azam baru konon..Hehe..Aku define the last 3 years as a cooling period lah..No no no no.. Not cooling period..But self search kot..Last time, aku x matang lagi..Tapi kelakar gak la bila baca balik entry2 lama..

Guess what, some of my wishlist, most of them, are granted. Alhamdulillah..

Back in 2010, masa first time aku datang ke Celcom, aku cerita pasal kekaguman aku terhadap company, buildingnya dan salah seorang daripada senior managementnya..Today, orang tersebut adalah Boss aku, company tersebutlah bayar gaji aku dan building tersebut jadi tempat aku buang puntung rokok hari2. Telahpun jadi kenyataan apa yang terdetik dalam hati aku pada waktu tu..Syukran..

Tahun 2012 plak, aku cerita pasal azam baru..Antaranya nak kereta baru, beli rumah sendiri, dapat cahaya mata. Alhamdulillah, aku dapat semua tu..Kecik ataupun besar, itu bukan ukuran, tapi aku tetap dapat aku yang aku hajati sebelum ni..Cuma nak kurangkan isap rokok tu je la yang sikit lambat la nak pick up. Dah 3 tahun dah x turun2 gak consumption, ini jenis x makan saman ni..Kene terus perbaiki..

Tabiat Pemakanan pun ada la improvement..Tapi aku dah start taking healthy lifestyle la..x banyak, tapi ada la perubahan..Contohnya, beras and minyak yg aku guna kat umah, dinner yang light (walaupun kadang2 terpaksa makan nasi sebab lunch x sempat), breakfast yang kurang kolesterol ( Ni Farhana and Maslynda la yang tegur aku, " Mana boley makan nasik lemak hari2") and lastly, minum air kosong yang banyak (3 - 4 botol sehari, mak oii.. patut la perut aku kembung..kembung konon..padahal buncit)..Well, aku berbangga la sebab dikelilingi oleh org2 yang syg kt kita..selalu advice and ingatkan kita kalau kita lupa..

Anak pun dah genap setahun pada Sabtu lepas, 1 Nov 2014. Nur Aina Alisha nama yang aku cadangkan..Wife aku ok je la..walaupun dia nakkan nama yang dekat2 sikit ngan artis..Semoga Aina akan jadi anak yg solehah ya..

Aku mmg suka belajar. Deep down dalam diri aku.. aku mmg sangat suka belajar, especially benda baru..Pasal tu aku x rasa boring kalau tengah membaca buku..Terima kasih sangat kat company lama aku sebab sponsor aku belajar pada peringkat MSc dan aku berjaya gak habiskan pengajian di UTM secara part time.

Berbalik kepada CHANGE yang aku perlukan..aku rasa kene start balik la berblog ni..Know why? Sebab ramai tanya aku, " Apa hobi ko?". Aku x tau nak jawab apa..x kan aku nak jawab baca buku ke kumpul setem ke..CLiche sangat jawapan ni..Ini jawapan time sekolah2 dulu..Hahaha

Whatever it is, i will continue to write..and i think, i will succeed in doing it..

We need to remember, Energy Follows Intention..Niat tu..kene betul dan kuat.. Hajat pun kene selalu kita renew..supaya kita sentiasa ada objektif dalam hidup..Gila la..cakap dah macam penceramah motivasi kat kem PLKN nih..

Ok dah2, look forward to next entry all..

Goodnight.  Thanks

As Salam..

Wednesday, January 4, 2012

Tahun Baru 2012

As Salam kawan2 dan follower2 yang ramai nih,

Selamat tahun baru 2012 aku nak ucapkan pada semua..Hari ni dah 5 hb Januari tp aku rasa x terlambat untuk aku wish pada semua..Apasal skema sgt ni ayat aku..sejak duduk sebelah Dayah ni aku jadik skema lak..Sebab Dayah garang (ben 10)..

X ada cerita yang menarik pun yang aku nak kongsikan cuma aku rasa, ada keperluan untuk aku, wife, family, kawan dan orang2 sekeliling tanamkan azam yang x semestinya baru, walaupun lama pun xpe, cuma kene maintain dan perbaiki..Aku rasa tahun ni aku nak ubah lifestyle aku kepada yang lebih baik..

Makin lama, usia makin meningkat, badan semakin usang..Jadinya aku rasa antara target aku tahun ni nak ubah cara pemakanan aku dan wife kepada yang lebih sihat..Macam kt bawah ni gambar makanan malam aku skrg..Sebelum ni makan nasi je memanjang, patutla gemuk n berat..Sebelum ni berat aku 104kg tapi semalam aku timbang kt pantry 94kg..turun 10kilo tuh (padahal mesin timbang rosak)..hampeh..



Selain tu, kalau ada rezeki and doa kawan2, aku harap dapat berhenti merokok atau kurangkan merokok(harapannn)..Tapi aku akan berusaha..aku dh start x isap rokok dalam toilet dah..so good news tuh..

Azam seterusnya adalah untuk memberi lebih..Maksud aku kalau sebelum ni aku gi masjid, aku sentiasa set minda aku untuk letak RM2 kat kocek baju aku untuk didermakan kt tabung..Sebenarnya, apa yang aku buat tu adalah some sort of memberi limitation atau restriction kepada amal jariah yang aku nak buat..Macam x ikhlas pun ada..So tahun ni, aku berazam nk ubah cara pemikiran aku kepada yang lebih baik dan ikhlas..

Sebab ada cerita disebalik ni, aku sendiri yang melihat masa khatib tgh berkhutbah pada hari jumaat..Ada 3 orang Bangla ni dok saf depan aku..Tabung masa tu yang jenis bergerak ada roda..Dalam hati aku kata,"Berapa la Bangla ni nak bagi?"..Terbeliak bijik mata aku tengok diorang seluk kocek diorang yang aku rasa ade RM20-RM30 dan tanpa tengok atau mengira duit tu, diorang terus sumbat dlm tagung tu..Perghh tertelan air liur aku..

Itu cerita pasal azam, tapi aku ada harapan jugak untuk tahun 2012 ni..Macam2 wishlist aku untuk tahun ni, yang utama ialah untuk mendapatkan zuriat yang sihat walafiat..Harap Tuhan makbulkan doa kami sekeluarga n kawan2..Yang pasti, aku akan tetap BERUSAHA..heheh..

Selain tu, of course la nak kereta baru, beli rumah lagi satu, naik pangkat n lain2 yang best2..mende tu sume duniawi..tapi best jugak kalau dapat..

Sebenarnya, motif aku tulis post ni adalah untuk menjadikan impian aku dalam bentuk penulisan.. Ini adalah satu cara yang efektif untuk berdoa bak kata Dr Azizan OSman..

Dan nak share ngan kawan2, jangan difikir2kan masalah yang ada..cuma kita fokus pada target kita n jangan jadikan masalah yg ade sbagai halangan untuk kite lebih maju..Kalau kita betul2 nak kan sesuatu, InsyaAllah kita akan dapat dengan berkat doa and usaha..Ini adalah daripada percakapan Dr Azizan Osman..Hari tu aku pergi dia punya event..

Kalu difikir2kan, 40 tahun pun x abis fikir..kita kene bertindak..Jangan duduk rumah je kalau ada masa free..Keluar, embrace the environment, cherish the beauty of life..appreciate your surroundings and most importantly express your gratitude to Allah..Bersyukur kawan2 dengan apa yang kita ada dan nikmat di sekeliling kita..Kalau kekurangan sumber, xpe, keluar je..pergi tempat2 yang x memerlukan kita mengeluarkan duit..yang penting kita nikmati kehidupan kita..Ini adalah cadangan yang dinyatakan Rhnoda Bryne dalam bukunya 'The Power" yang aku beli masa Big Bad Wold book fair hari tu.. Sapa nak pinjam bleh btau aku.. Best baca buku ni and lagi best bile kita apply dalam kehidupan seharian..

Ok aku nk kuar meeting..chalos..


Ni apa motif?



Ni masa gi wayang xde tiket, so tengok je la replika cars tu..apa motif?