Wednesday, January 4, 2012

Tahun Baru 2012

As Salam kawan2 dan follower2 yang ramai nih,

Selamat tahun baru 2012 aku nak ucapkan pada semua..Hari ni dah 5 hb Januari tp aku rasa x terlambat untuk aku wish pada semua..Apasal skema sgt ni ayat aku..sejak duduk sebelah Dayah ni aku jadik skema lak..Sebab Dayah garang (ben 10)..

X ada cerita yang menarik pun yang aku nak kongsikan cuma aku rasa, ada keperluan untuk aku, wife, family, kawan dan orang2 sekeliling tanamkan azam yang x semestinya baru, walaupun lama pun xpe, cuma kene maintain dan perbaiki..Aku rasa tahun ni aku nak ubah lifestyle aku kepada yang lebih baik..

Makin lama, usia makin meningkat, badan semakin usang..Jadinya aku rasa antara target aku tahun ni nak ubah cara pemakanan aku dan wife kepada yang lebih sihat..Macam kt bawah ni gambar makanan malam aku skrg..Sebelum ni makan nasi je memanjang, patutla gemuk n berat..Sebelum ni berat aku 104kg tapi semalam aku timbang kt pantry 94kg..turun 10kilo tuh (padahal mesin timbang rosak)..hampeh..



Selain tu, kalau ada rezeki and doa kawan2, aku harap dapat berhenti merokok atau kurangkan merokok(harapannn)..Tapi aku akan berusaha..aku dh start x isap rokok dalam toilet dah..so good news tuh..

Azam seterusnya adalah untuk memberi lebih..Maksud aku kalau sebelum ni aku gi masjid, aku sentiasa set minda aku untuk letak RM2 kat kocek baju aku untuk didermakan kt tabung..Sebenarnya, apa yang aku buat tu adalah some sort of memberi limitation atau restriction kepada amal jariah yang aku nak buat..Macam x ikhlas pun ada..So tahun ni, aku berazam nk ubah cara pemikiran aku kepada yang lebih baik dan ikhlas..

Sebab ada cerita disebalik ni, aku sendiri yang melihat masa khatib tgh berkhutbah pada hari jumaat..Ada 3 orang Bangla ni dok saf depan aku..Tabung masa tu yang jenis bergerak ada roda..Dalam hati aku kata,"Berapa la Bangla ni nak bagi?"..Terbeliak bijik mata aku tengok diorang seluk kocek diorang yang aku rasa ade RM20-RM30 dan tanpa tengok atau mengira duit tu, diorang terus sumbat dlm tagung tu..Perghh tertelan air liur aku..

Itu cerita pasal azam, tapi aku ada harapan jugak untuk tahun 2012 ni..Macam2 wishlist aku untuk tahun ni, yang utama ialah untuk mendapatkan zuriat yang sihat walafiat..Harap Tuhan makbulkan doa kami sekeluarga n kawan2..Yang pasti, aku akan tetap BERUSAHA..heheh..

Selain tu, of course la nak kereta baru, beli rumah lagi satu, naik pangkat n lain2 yang best2..mende tu sume duniawi..tapi best jugak kalau dapat..

Sebenarnya, motif aku tulis post ni adalah untuk menjadikan impian aku dalam bentuk penulisan.. Ini adalah satu cara yang efektif untuk berdoa bak kata Dr Azizan OSman..

Dan nak share ngan kawan2, jangan difikir2kan masalah yang ada..cuma kita fokus pada target kita n jangan jadikan masalah yg ade sbagai halangan untuk kite lebih maju..Kalau kita betul2 nak kan sesuatu, InsyaAllah kita akan dapat dengan berkat doa and usaha..Ini adalah daripada percakapan Dr Azizan Osman..Hari tu aku pergi dia punya event..

Kalu difikir2kan, 40 tahun pun x abis fikir..kita kene bertindak..Jangan duduk rumah je kalau ada masa free..Keluar, embrace the environment, cherish the beauty of life..appreciate your surroundings and most importantly express your gratitude to Allah..Bersyukur kawan2 dengan apa yang kita ada dan nikmat di sekeliling kita..Kalau kekurangan sumber, xpe, keluar je..pergi tempat2 yang x memerlukan kita mengeluarkan duit..yang penting kita nikmati kehidupan kita..Ini adalah cadangan yang dinyatakan Rhnoda Bryne dalam bukunya 'The Power" yang aku beli masa Big Bad Wold book fair hari tu.. Sapa nak pinjam bleh btau aku.. Best baca buku ni and lagi best bile kita apply dalam kehidupan seharian..

Ok aku nk kuar meeting..chalos..


Ni apa motif?



Ni masa gi wayang xde tiket, so tengok je la replika cars tu..apa motif?