Tuesday, December 23, 2014

Serigala yang Besar dan Jahat..Boleh??

As Salam..

Tibe2 semangat lak aku nk tulis entry malam2 buta nih..Walhal aku xtau pun nak tulis pasal apa..Asyik nak tulis pasal ofis je..nanti boring plak..so aku nak citer la pasal pesta buku yang aku pergi awal bulan hari tu..Big Bad Wolf..

Still x faham kenapa nama dia Big Bad Wolf? Tertanya jugak aku kat Pn Hafilah tapi biasala, jawapan dia," Entah ek!". Boleh?

BBW ni dia wat kat Mines International Exhibition & Convention Centre (MIECC)..Boleh plak aku tulis nama penuh tempat ni malam2 buta ni..orang nak cepat lagi mau tulis panjang2..Macam tahun2 lepas, diorang wat kat sini..tapi 1st time aku gi dulu, dia buat kat MAEPS Serdang,,

Yang bestnya, diorang operate 24hours untuk avoid terlalu ramai orang pergi ke event nih..Aku pergi kol 4 pagi kot..Memang cantik la..x ramai orang..

Event ni mmg phenomenon la for general readers and for enthusiasts..Setahun sekali je dia buat..Orang berebut nak datang because buku2 dia jual murah gile kot..RM 8, RM5 and RM3 pun ade..Wife aku tahun ni cari buku untuk anak je..Aku mcm biasa la..konon2 nak jadi pakar motivasi, so cari la buku self help,,tapi kali ni aku ade beli beberapa novel termasuklah hobbit punya series and The Hunger Games..Aku nk cuba baca buku2 yang telah difilemkan kat layar perak..

Tapi yang Hobbit ni ada sikit boring la bila baca..bukan apa..tulisan dia kecik gile..pas2 rapat2..Hampeh..so aku hold dulu..aku baru baca dalam 30 pages..nanti aku sambung..sekarang ni aku baca novel Detective FBI Alex Cross vs The Butcher..pergh best wa cakap lu..

Habes dekat RM 200 gak la..Bukan apa, tahun depan boleh claim rebate masa e Filing..Bukan aku abes pun baca semua. Buku yang beli 2 tahun lepas pun x abes baca lagi..Hahhahh..Kalau sape2 nak pinjam buku bagitau kt aku..aku leh bagi pinjam..nak sewa pun boleh..xde masalah..Wife aku pun ada banyak novel yang Shopaholic punya series tu..Beli banyak2, poyo je, baca sikit je..Hahhaha sorry u..


Banyak gila buku..Kalau nk datang lain kali, bawak lori terus..angkut semua..ngan orang2 skali

Btw..Zaid MC lak semalam..Hampeh boring gile opis xde mamat ni..Rindu lak..Lagi skali aku nak ingatkan kt korang, aku bukan gay ya..ini fake contractual friendship bak kata Rahimi..Kalau Catherin, dia kata ini BROMANCE. Satgi aku upload gamba dia buat muka kagum tengok TV..Ternganga mulut dia, lalat siap keluar masuk lagi ingatkan port baik nak sembunyi.,


Ko tengok dia punya kagum ngan TV tu sebab Celcom Sponsor..Hahah

Julia pun sama..posing poyo je..Kak Maz nak main sembunyik2 plak..Owh Faizah baru sahaja resign..Good luck for your future career path and undertakings ya..Ada rezeki kita jumpa kt Satay Willy..InsyaAllah

Ok la..time for me to tido..

Goodnite..

As Salam

Monday, December 22, 2014

Segitiga Empat

As Salam..

Haaaa...korang penah dengar x perkataan ni? "Segitiga Empat"..Boleh? Aku cari kt kamus, x jumpa..Cari kt google, keluar cara org nk lipat tudung..Segitiga Empat tu..hahahahha lawak2..Padahal dia nak cakap simpang empat ke simpang tiga, tapi dia gabungkan terus, jadik la segitiga empat. Saje aku nak bahan pagi2 ni..siapa yg tergigit cili, dia la yg terasa pedasnya ya..

Lama dah x update blog..bukannya busy, bukannya xde masa, tapi aku tengah syok baca buku..and the best part is, aku baca novel sekrg ni..hampeh..tapi bukan novel romatik ke cinta ke jiwang ke tangkap leleh lentoq ke..aku baca novel action pack punya tau..Cerita pasal kehidupan seorang detective (Alex Cross) dan jugak seorang assassin yang ada habit yang sangat hempeh dan aneh ketika membunuh (The Butcher)..Dah Chapter 53 dah skrang ni..tapi belum klimaks lagi..Sikit je lagi diorang nk bongkar rahsia The Butcher tu, tapi terpotong stim aku di situ sebab Aina n mummy nya masuk dalam bilik..lalu aku pun tido..Hahahhaha..Terkedek2 si kenit jalan sambil mulut dia,"Papa!!Papa!!Papa!!".Haha comel je..

Aku suka citer pasal org..pasal diri sendiri x cerita pun..Tu yg Nadirah kata, "Bahaya kawan ngan Ajak ni..Kang dia tulis pasal kita dalam blog dia". Hahaha..Ala Nad, dont worry aku akan cerita yg best2 je..yg baik2 je..contohnya ko dapat mandat jaga Department minggu lepas..jadi acting HOD tu..boleh bawak rotan gi opis..siapa lambat, sebat 3 kali..

Hahahha ok la..Aku nak gi keje..

Bye2..

As Salam


Sunday, December 7, 2014

HFMD

As Salam..

Lama x update blog nih..Betul2 bz la sejak minggu lepas. Especially when Aina admitted to hospital..Ceritanya camni..

Weekend lepas, aku n family bawak Papa n Mama gi Kuala Kangsar untuk hadiri jemputan kahwin saudara kt sana..Memang besar hati diorang bila dengar my parents nak dtg dari Johor so diorang reserve la Homestay untuk kitorang..Terima kasih sgt2 kak keluarga Kak Heri sbb provide hospitality yg sangat baik..

Akan tetapi..yg x bestnya bila Aina x berapa sihat..Malam x bleh tido asyik nangis je..Ruam2 start naik kat punggung dia..pas2 kaki, tangan sikit2 pas2 mulut..Wife aku terus suspect HFMD ni..bagi bubur n susu x mau..so decision kitorang utk stay lagi satu malam bergantung kepada doctor punya nasihat la..Kitorang bawak la g klinik kt Bandar yg panel AIA..jumpa doc dan dia kata ini biasa ni..2 3 hari boleh settle ni..Lega dgr explanation dari doc, so kitorang pon decide untuk stay 1 malam lagi..

Seperti malam sebelumnya, Aina tetap xnak tido..Kol 12 tghari esoknya, kitorang check out dari hotel and gerak tros balik kajang..Pukul 3 sampai terus makan tengahari dengan lahapnya kt Seksyen 7 Bangi..

Memandangkan keadaan Aina yg masih lg xnak makan n minum, hati ni cakap nk bawak ke klinik lagi skali. Kasi betul2 puas..Bile cerita dengan doc pasal Aina n tunjukkan ruam dia, terus doc kata, " Ini kene warded ni". Aduhhhhh lagi sekali..hari tu Aina kene warded dah sebelum Raya..ni kene lagi skali..Aku bukan apa..bukan xnak Aina sihat..tapi x sanggup tgk Aina kene cucuk kt tangan untuk dripping..Kesian sangat..Doc terus buat referral letter untuk pergi An Nur tapi malangnya penuh..Aku call semua hospital kt Kajang, Cheras n Puchong..Semua penuh..Last resort, aku call AIA tanya pasal Prince Court..Diorang kata AIA panel..Lantas aku pun call n pergi terus ke sana..

Wife aku mata dah bersinar2 dah nk gi Prince Court ni..Ek eleh..macam nak gi Hotel Palace of the Golden Horses la pulak..Aku dalam hati,' Mamp*s aku kene bayar berapa la ni". Tapi untuk kebaikan Aina..ku tahan Jebatttt..

Pukul 12 am..after jumpa doc..baru la Aina dapat masuk ward..punya la lama Aina nangis sebab kene cucuk ngan jarum untuk drip tu..Nasib baik aku duduk luar..Kalau aku kt dalam tu, aku dah lempang nurse tu dah..15 minit cari urat..Doc buat sekejap je..What the..

Once dah masuk ward, aku dah lega boleh rehat..Letih kot seharian drive..terkejar2 ke hulu ke hilir..Aina lagi la x payah cakap la..terus tido once masuk ward..dia lagi penat kot..Nasib baik Kak Ina and Kak Ida datang dari Johor malam tu jugak untuk teman wife aku jaga Aina..Thanks my sisters..Amacam??Best x jadi adik bongsu..Tu la kelebihan dia..Hahah..






Hari Khamis, doc bagi kebenaran untuk discharge..moment ni yg aku tunggu2 ni..nak standby berapa la yg nk kene bayar ni..Dahla duduk kt Prince Court..Aku first time gi Prince Court dulu, dah masuk kt dalam lobby tu, aku keluar balik la..cuma nak pastikan yg ini hospital, bukan hotel..Hahaha gile grand..Aku ngan akak2 aku ni dahla jakun sikit..kata Hospital paling mahal kt Malaysia..

Well, aku lega masa kt billing counter tu dia kata.."OK encik Razzaq, fully covered by AIA ya". Fuhhhhhhh aku tiup nafas lega..Aku rasa tiupan aku tu kuat gak la sampai kertas atas meja tu terangkat2 sikit..Eceh, dramatik lebih..

Alhamdulillah..syukur sangat2 yg Aina dah sihat and everything is covered by the insurance panel..Couldn't ask for more..Lepas baik terus berminat nak main mainan yg aku belikan beberapa bulan lepas..Cer tengok video bawah ni..


video


Aku cuma nak doakan supaya family, kawan2 dan kita semua diberikan kesihatan yang sempurna untuk kita jalani kehidupan seharian kita for the next life of course..InsyaAllah..

As Salam..










Saturday, November 22, 2014

Rides..

As Salam..

Good weekend so far..hari ni pergi ke IOI City Mall yang baru bukak..Punyala ramai manusia..nasib baik aku gi awal..kol 10.30am dah sampai so parking banyak lagi la..5 minit je dari rumah..Anak pun x sempat tido dlm kereta..punya la dekat..Syukur ada tempat baru untuk jalan2..Tenant mix dia mmg best. TESCO, Tony Roma's, IndexLiving, HomePro and yang paling best Larvender la..sebab ada jual Kaya yg sangat best and roti faveret aku..Namanya pelik..Xiao Ge Ge..Boleh? Hahaha aku pun xtau maksud dia apa tapi best la..

3 jam aku ada kt dalam tu. 1 floor pun x abes tawaf lagi..gile besar mall ni..80 food outlet kot..gila banyak choice..tapi awal2 ni mall tu still berhabuk lagi la sebab banyak outlet yang tengah buat renovation. Parking dia punya habuk x payah cerita la..habuk punya nisbah dengan oksigen dah sama dah..haha

Well, masa kitorang nak balik tu..aku ternampak la satu kereta old skool kat area parking..aku mmg minat kereta2 old skool ni..pada aku, kereta2 ni legend..dah mcm brader Khalid plak..hahah..sori bro..tapi mmg antara impian aku is to have sebijik la at least kereta old skool ni yang aku boleh proud of..nak solek cantik2..and guna as weekend car.. 

Actually, aku pernah ada and pakai kereta lama ni..Masa aku kat universiti dulu la..Belaja kat UTHM, Parit Raja, tau2 la jalan dia 4 lane..kereta semua laju2..and at that time, jalan Batu Pahat tu adalah jalan yg no 2 paling tinggi kadar kemalangan di Malaysia..Harus la parents aku x bagi aku bawak motor..so bapak aku belikan la satu kereta dengan harga RM1k je..My first car..Catnya lagi mahal daripada harga kereta.. Toyota Corona 1.8 tahun 1979..lagi tua daripada aku..




First car ni orang kata macam 1st love..hahaha..mmg kene la dgn life experience aku..both end up tragis..this car total loss after a terrible accident. That time, bapak aku drive kereta ni lalu jalan pagoh nak ke batu pahat..kereta ni dilanggar oleh 6 bijik kereta lain..berpusing2..luckily both my parents survived without a scratch..Syukur Alhamdulillah..


My 2nd car..ni gambar dalam banjir depan ofis lama..not to worry..air x naik sampai enjin..kereta ni la yang paling berjasa dan paling lama spend dia punya lifetime dengan aku..5 years aku guna, then jual kat akak aku..

Lepas accident kereta Toyota Corona tu..papa macam dh cuak2 nak bawak kereta..tapi dia mmg perlu drive untuk bawak mama gi hospital untuk check up..beli barang dapur and lain2..so aku decide, it is time to buy a new car for papa..for his use and to cheer him up..There you go..

Currently..this is my car..ni la yang aku guna untuk pergi opis n balik rumah..Aku beli kereta ni pasal aku rasa dia macho..mcm tuannya..hahha perasan..Wife aku panggil dia Paul..Boleh? Pompuan ni mcm2. kereta pun dia nk bagi nama..



This one is the latest addition to the family..ViVy  nama dia..Of course la Pn Hafilah yang bagi nama kannn..kan kan kan...


Well, since JAC7733 dah xde..aku pasang impian baru untuk dapatkan 1 old skool car (x kesah brand tapi mesti bawah daripada tahun 1984) and sebuah lagi kereta 2 pintu hatchback..Hatchback ni orang lelaki kata kereta mainan..memang aku nak..aku dah target scirocco..Bila nak dapat xtau lagi..pasang je la impian dulu..


Panjang plak cerita aku malam ni..sebenarnya nak tunggu 130am sebab Arsenal vs MU jap lg..Harap Arsenal menang la..InsyaAllah..


Ok nite2.

As Salam..

Friday, November 21, 2014

Happy...

As Salam..

Alhamdulillah..

I am happy today..

Thank you


Upin dan Zaid..

As Salam..

Belum apa2 lagi aku dah gelak..Hahahahhaah..Bukan apa, kat umah aku ada mainan Upin Ipin anak aku ni..Kepala dia besar, badan dia kocik je..Aku terus teringat kat Zaid..Hahahahhh..Sebab aku tanya dia hari tu..

Aku: Bro, ko penah imagine x kalau ko kurus? Berat ko agak2 dalam 70kg..

Zaid : Entah la..

Aku : Aku dapat rasakan kepala ko besar, badan ko kecik..

Zaid : Ffffuuuuu........puiii

Hahahhaha..tu yang aku tergelak tu bile tgk Upin ni..Terbayang Zaid lak..Hoho..Tu la sape suruh training sampai 4 hari..kan aku dah bahan..

Cuba korang pikir eh..Ada ke dalam dunia ni, training sampai 4 hari..Boss dia luluskan plak tu..Ini lepas abes training ni, confirm kalau amik SPM balik dapat 12 A nih..Terus pandai..Hahhaha Sorry bro..Aku dah jadi bahan, kene kalet ngan brader Khalid 4 hari ni ko tau x? Aku nak bahan la ko plak..

Ok la tu..cukup la kutuk Zaid..

Minggu ni rasa macam banyak keje x buat..sebab schedule penuh dgn meeting je..Hampes..Asyik meeting, meeting, meeting, keje x jalan..ada satu hari tu, nak sarapan ngan lunch pun x sempat..Luckily kat pantry ada byk la makanan..Bukan setakat roti je..roti yg orang selalu bagi ikan makan tu pun ada..stok piranha budak2 Division ni..Tolak batu ngan kayu je..ngan tisu2 pun depa makan..

Ok la..aku x sabar2 nak tunggu hari esok..mcm2 aku nak kene buat..mcm2 nak kene tengok..Zaid pun masuk opis..Yippee..Korang jgn ingat aku gay lak..agak2..mentang2 bapok dah dibolehkan pakai baju pompuan..

ok2..Nite2..

As Salam

Sunday, November 16, 2014

2.58 a.m

As Salam..

Again..i do not know why..it is not that i could not sleep, but just being bothered by the dream..i dont call it nightmare because i hope it has a good message in it..it is the same dream, same set of people but in a different environment..

Aku pun xtau le..for some reason, i need to back off a bit..dont want to be in trouble..and above all, the feelings of getting rejected is all over my mind currently..and i hate that..seriously..

Yang ni pasai apa aku cakap omputeh tiba2..hahahaha..tapi i wanted to do my best in everything i ought to do..in reality, aku pun x sure aku boleh but as it seems ..somebody hated me in the dream..i never get this often..aku pun xtau aku tulis apa ni..

Told the story to my wife yesterday about the dream..but again, it is still a dream..

Bila pikir2 balik..there is nothing i could do pun about the dream..rupa2nya, aku x smyg Isya' lagi..lantas, aku amik wudhu' terus smyg..lain kali smyg dulu sebelum tidur en razzaq ya..tau la penat hari ni berjalan je kejenya satu hari..

Moral of the story..semayang dulu sblm tido..yang terbaik, smyg la pada awal waktu..xtau aku bleh tido balik x ni..aku harap boleh la..esok pagi2 ada meeting..dahla aku tengok phone aku tadi, 6 email masuk..kalau aku bukak email tu, harus la aku x tido sampai esok..Hahahaha..

ok..amik tempoh bertenang jap..baca buku kasi mata ngantuk sikit..then cuba tido..

Good night..

As Salam..




Saturday, November 15, 2014

BOWlin..

As Salam..

Pukul 4.15am - Aku terjaga dari tidur ni sebenarnya..Dalam tidur pun fikiran aku boleh terganggu..Hampeh..Aku nak kata mimpi, bukan, tapi mmg aku xleh nk tido balik la..mengganggu betul la..Jadi apa aku buat? Tulis blog le jawabnya..

Owh..Siang tadi ada bowling tournament kat OU..Started at 11am..Aku, Zaid, Fazdee and Hadi McD main la satu team..Yang aku x bleh blah tu, nama team aku tu..ESOT PRO..What the hell? Vongok punya Zaid..Bagi la nama best2 sket..Hahaha..

Dah 2 tahun aku join tournament ni dan kedudukan team kitorang x lah tercorot tapi antara yang tercorot la daripada 21 team..Kitorang main actually just for fun and to embrace semangat kesukanan la..Bukannya hari2 aku main boling ni. Last main tournament bulan 12 tahun lepas..Xpayah la expect nak menang..

Rasa macam kelakar pun ada.. Orang lain datang tournament tu dengan beg bowling masing2..kitorang bawak beg yang sports club bagi tu je la..Jadik le..Tapi eh..aku rasa puas hati la lepas abes main 3 game tu..Jatuhan pin aku = 121, 105, and 129..Total 355 untuk 3 game..Kira ok la tu..mungkin untuk orang lain, point tu agak rendah tapi pada aku itu dah kira ajaib dah tu..Biasanya bawah seratuih je..Bukan aku sorang je, team mates aku pon semua played very hard and we enjoyed every moment of the game.. That is the most important thing..Next year InsyaAllah, kita bukan sahaja nak enjoy, but we also wanted to win..

Kan betul cakap aku..Team pompuan confirm menang punya..Team Cath & Izan dapat no 3 kot (Siap dapat RM300 tu, bukan nak open table pun), team Go Go Gorgeous, Farhana (yang mula2 xnak main..poyo je x nak main..sekali menang), Kak Maz yang pakai kasut sekolah main boling (jangan marah ye), Julez yang masa kerja konon2 demam tapi bila main boling jadi sihat and lagi sorang kawan Hani kot..x kenal..

So, aku just nak share gambar2 di sekitar tournament tadi..padahal gambar kitorang je..


Ni aku tunjuk point aku yg paling tinggi..orang lain rendah je..Haha..

 Hadi McD dah balik dh time ni..Fazdee high score 166 tu..


Baju tu dah XXL dah..tapi macam kecik je..Terpaksa aku pakai corset nak cover lebihan2..hahaha


Ok la..aku sambung tgk movie je la since x bleh tdo ni..Jap lagi 830 pagi appointment ngan Perodua lak..servis kereta 5000 km..

Layann..

As Salam..

Thursday, November 13, 2014

I would want a Guitar..

As Salam..

Semalam aku, Zaid and Hadi lunch jauh sikit. Nak ubah angin katanya..Asyik2 makan kat either Warong Anda atau Pulau atau Mamak Hameed. Tu je la pusingannya..Kalau makan kat Mamak Hameed, Zaid akan merajuk..ssambil hayun2 tangan dia mcm budak kecik..so sekali lagi aku akur..kali ni bukan aku sorang je..Hadi pun akur gak..

Amik kereta kat Basement, pas2 gerak ke tempat yang dituju iaitu Kedai Ah Kow..Kedai ni mmg la tokey dia Chinese (harus la, dah nama dia Ah Kow, bukannya Zakaria) tapi makanan dia Halal InsyaAllah..Lokasi nya dekat food court Jalan Raja Muda Musa..sebelah dia HKL..Zaid nak makan mee kicap katanya..memang la sedap kat sini..aku pun pernah try tapi time tu aku terasa nak makan ayam kampung..dah lama ngidam..

Aku tau tajuk entry ni pasal gitar..jap la..aku nak citer pasal makanan dulu..Hahaha

Ok la, sebaik aku masuk je area food court tu..aku terdengar bunyi petikan gitar and ketukan drum..Rupan2nya ada budak2 yang berbusking kt tengah2 food court tu..Suara dia dah la sedap..lagu2 yang dia nyanyikan plak semua lagu baru2..tu yang aku rasa macam nak berlari depan depan dia..pas2 tabik hormat..Hebat betul la budak 2 orang ni..One day u'll be successful bros..Gi jumpa David Teo, confirm dia amik kerja punya.,.

Well, mata aku tertumpu kat tulisan di hujung gitar dia..FENDER..no wonder la bunyi dia best..aku bukanlah expert pasal gitar2 ni..tapi aku tau la sikit2 nak main gitar camane..Aku rasa mcm nak share je video yang aku ada dalam simpanan aku dulu..masa kat universiti..Rasa mcm nak share je tapi aku rasa dulu aku mcm penjenayah pun ada..dengan jambangnya, misainya..hadoi..

Dalam video tu ada arwah macha panggil nama aku lagi..Semoga Arwah ditempatkan dikalangan orang yang Beriman..

Sorry la about the video quality..sebab zaman tu..i phone atau samsung s4 x keluar lagi..zaman 3GP ni..

video

Kesimpulannya, aku nak beli gitar..Pn Hafilah, sila belikan saya 1..YAMAHA pun ok..Heheh..

Ok Sekian..

As Salam

Monday, November 10, 2014

Gymnasium 1.0

As Salam..

Entry ni adalah untuk menceritakan macamana aku terjebak ngan gym..terjebak la sangat..baru first time aku gi gym kat opis selama 1 setengah tahun aku bekerja di celcom..selalunya aku lalu je gym tu kalau aku nak gi beli rokok kt kedai mynews..paling jauh aku tgk pon setakat sampai pintu gym tu je..dalam mmg x nampak la sbb pintu dia perforated..

Ini semua kerja si zaid la yang pujuk aku..dia kata dia nak dapatkan fitness dan kuruskan badan supaya dia dapat main bola seperti zaman sekolah dulu..aku sebagai BFFL, kene la akur dgn keputusan yg dia buat..ahahah akur la sangat..tapi aku ikutkan je so aku pun bleh bersenam..gila lama aku x bersenam keluarkan peluh..so inilah peluangnya..Free lak tu..kalau kene bayor mmg harapan la aku nak gi..

first mende yg aku buat adalah berjalan dan berlari atas treadmill..mesin tu tanya umur aku berapa, berat badan dan berapa minit aku nk berlari..aku pun pilih la 10 min sebab itu yg minimum..hahaha..aku pun berlari la ikut rentak dan kelajuan mesin tu..settle 10 minit, aku check la berapa jauh aku dah berlari..hampes 500 meter je..ingat lagi masa selection main bola dulu 2 km under 12 minit..selamba je aku buat..ini kalau 2 km mau makan masa sejam nih..

Dah settle buat cycling and mesin apa tah lagi satu, aku pun berehat amin gambar sambil warm down..sebelah aku ada mesin timbang..aku pun diri la atas tu..uishhh terkejut aku tgk berat aku dh turun 2 kilo..agak2 la..xkan baru satu hari turun gym, berat dh turun 2 kilo..mmg x la..kalau camtu aku gi 12 hari je la setahun, terus dapat BMI, aku rasa ni hasil aku tukar jadual diet aku..pagi skrg roti ngan nutella or kaya je la..tghari makan nasi, malam xyah makan berat2..furthermore, aku minum air mau dekat 3 botol lebih sekarang..

Aku rasa la..well, not a bad experience la for first timer..brader2 kt situ pun very helpful and tolong ajar cara2 nk bersenam..diorang x payah cerita la..lengan masing2 dh mcm kayu balak..aku punya peha lagi kecik dari lengan diorang..apa kes..hahaha..

Okey la..penat nih..nak tdo..esok aku ada site meeting for our big project..

Selamat malam..As salam..

Friday, November 7, 2014

Farhana oo farhana

As salam..

Xtau la ada yang membaca ke x..tapi aku tetap nk menulis..

Hari ni nak bercerita pasal colleagues in kt tmpt kerja..tu yg tajuk dia farhana oo farhana..(hana, aku dh btau eh aku nk tulis entry pasal ko, jangan saman aku)

Lets start with..

Farhana - of course la..dah tajuk dia macam tu..of course la dia dulu..ok farhana ni orangnya sangat kelaka..dia bukanlah orang yg mula membuat lawak..lawak dia akan berada dalam jawapan yg dia bagi atau bila dia dapat point nk kenekan orang. Dia punya tambah lauk mmg nombort 1..tapi minah ni mmg kesayangan big Boss la..dia ada capability untuk tukar sampah (slide yg aku buat) menjadi berlian (slide aku yg dia dh revise dalam masa sejam je). Omputeh kata "Midas Touch". Hebat sungguh..sekali pandang muka dia mcm Najwa Latif, dua kali pandang pun mcm Najwa Latif..cuma dia x sangkut gitar la kt belakang dia..

Zaid - Mamat ni bestfren aku la..orang lain kata aku ngan dia BFFL ( Best Friend For Life). Dah setahun 7 bulan aku knal mamat ni sampai aku tau pergerakan dia..kalau ade awek2 chun ke seksi lalu je, cuba korang tgk mata dia..Confirm punya meliar..aku dah hidu dah pergerakan dia ni..aku plak mmg x bleh menipu dia la..aku dahla xpandai menipu..mmg senang je aku kene kantoi ngan dia ni..tu namanya chemistry..dia ni suka marah orang..asal ada yg x betul pada mata dia, siap la org tu..

Catherin - Amoi ni mmg sarcastic..tp dia ngan aku je la yg dok buat reporting utk department kitorang..best gak minah ni..kelaka..kata 2 dia mmg berbisa la kalau dgr..sinis..walaupun sinis, tapi aku gelak je kalau dia mengeluarkan hujah2 dia bile dia x bersetuju dgn sesuatu..cath ni health concious orangnya..selalu gi gym, makan healthy food, masuk larian2 amal 5 km la 11km la..jauh tu..kalau aku naik moto 11km boleh la..kalau lari, mau biru muka aku separuh jalan..main boling pon power minah ni..kalau masuk tournament tu confirm dpt hadiah..apa x nya..yg masuk 10 team, hadiah nya sampai no 10..hahahahah confirmla..

Maznah - Kak maz panggilan manjanya..dia kerjanya manage hotel bookings untuk staff2 yg nak pergi travel..minah ni kerja dia berat la pada aku..umpama dalam cerita pendekar bujang lapok, kerja cabut ekor beruang..hahahah sorry kak..tapi aku kagum la ngan dia ni..for many reason, aku kagum la..kalau dia x siap kerja dia, alamatnya, staff tido kat masjid atau rumah tumpangan le jawabnya..ini la orang yg bagi kesedaran kt aku betapa pentingnya minum air kosng 3 ke 4 botol sehari. . Sepertimana yg aku praktikkan sekarang..well, aku xkan berjaya gak kalau catherin x bagi aku botol air tu..thanks cath n kak maz..

Masing2 ada personaliti masing2 yg unik..aku pun rasa best la berada di sekeliling org2 ni.. Really appreciate u guys..

Dah pukul 12 tgh malam dah pun..aku sebenarnya nak sambung cerita pasal brader khalid, rahimi, kak sal and ramai lagi tapi mcm mana2 pengacara majlis cakap la..masa mencemburui kita..haha..aku pun nak tido gak..Kalau aku Batman xpe la..boleh selamatkan org malam2 buta ni..

Ok lah..tido dulu..

As salam







Thursday, November 6, 2014

Too nice for your own good..Noooo

As Salam

Hmmm rasa bersemangat plak nk tulis blog malam2 buta ni. Actually aku baru smpi rumah. Dari opis tadi terus amik Pn Hafilah and Aina pergi makan KFC. Sbb dia nak makan ayam bombay delight yg baru tu katanya..baiklah..layankan aje la..kang moncong sedepa kang..hehe gurau..

Apa yang nak ditulis ni sebenarnya ya..oooo lupa nak btau yg burger yg aku makan td mmg best..sesiapa yg suka makanan pedas akan suka la..

Too nice for your own good..

Itu la tajuk buku yg aku tgh baca skrg..well, basically author ni cuba untuk mengajar kita (org2 yg baik) supaya jangan membuat 9 kesilapan yang common apabila kita nak membantu orang lain yg memerlukan bantuan..in other words, it is how for nice people to say 'NO' dgn cara berhemah..half way through the book, aku rasa mcm pemikiran mamat ni x selari dgn pendapat aku..aku bukan nk kata x setuju semuanya..ada pendapat2 beliau yg bernas..tapi ada yg kurang..

Well, aku dah baca beberapa buku sebelum ni..Antaranya The Power and The Power of Giving..both buku ni xde pun ajar aku untuk cakap TIDAK..Lebih hebat lagi, Nabi Muhammad S.A.W pun dalam memberi dakwah, walau ditentang hebat oleh kaum yg x terbuka menerima ajaran Baginda, sehingga Baginda belari dalam keadaan kasut yang penuh dengan darah selepas dipukul dan diserang..Para sahabat berasa kagum dgn Baginda yang berdoa..bukan untuk menghancurkan puak tersebut..tapi supaya Allah turunkan Hidayah ke atas mereka untuk menerima Islam..betapa hebatnya..

Fuhh cerita mcm Ustaz daa..padahal aku baru je dengar cerita ni..

Well pada pendapat aku la..kita jangan bataskan apa yg kita nak beri..kalau ikhlas, InsyaAllah rezeki kita x putus dan mungkin bertambah lagi..mcm aku cerita dalam entry yg dulu..apa yg membuka mata aku adalah bilamana mamat bangla yang kerja car wash atau restoran mamak mendermakan sejumlah wang dalam poket beliau ke dalam tabung masjid yg bergerak, tanpa melihat berapa jumlahnya, beliau terus selamba memasukkan wang kertas ke dalam tabung tersebut tanpa melihat kiri kanan pun..sedangkan aku yg kerja boleh tahan ni, masih menyediakan rm2 dalam poket baju aku setiap kali sebelum seolat jumaat utk didermakan ke dalam tabung masjid..

Kesimpulannya, kita fikirkan lah dalam2 dan buat kesimpulan sendiri..apa jalan yg kita pilih..Asalkan tidak kita abaikan tanggungjawab kita sbg ketua keluarga, anak, adik, kawan, boss, dan lain2 peranan kita dalam masyarakat n kehidupan seharian kita..

Aku menaip ni dah macam dalam cerita Sherlock Holmes dah ni..yok yok oooo je.. Entah ada orang baca ke tidak, tapi aku tetap nak terus menulis.

Ok assalam. Gudnight..

Sunday, November 2, 2014

I need a CHANGE!

As Salam..

Not sure what i am doing but u know what? i truly need a CHANGE.

Wow..betul2 lama x update la..Korang tau x, aku spend masa Sabtu Ahad ni untuk belek balik apa yang mengarut sejak tahun 2009. Omputih kata, Time Flies By...Pejam celik pejam celik, dah hampir 3 tahun since last entry..Azam baru konon..Hehe..Aku define the last 3 years as a cooling period lah..No no no no.. Not cooling period..But self search kot..Last time, aku x matang lagi..Tapi kelakar gak la bila baca balik entry2 lama..

Guess what, some of my wishlist, most of them, are granted. Alhamdulillah..

Back in 2010, masa first time aku datang ke Celcom, aku cerita pasal kekaguman aku terhadap company, buildingnya dan salah seorang daripada senior managementnya..Today, orang tersebut adalah Boss aku, company tersebutlah bayar gaji aku dan building tersebut jadi tempat aku buang puntung rokok hari2. Telahpun jadi kenyataan apa yang terdetik dalam hati aku pada waktu tu..Syukran..

Tahun 2012 plak, aku cerita pasal azam baru..Antaranya nak kereta baru, beli rumah sendiri, dapat cahaya mata. Alhamdulillah, aku dapat semua tu..Kecik ataupun besar, itu bukan ukuran, tapi aku tetap dapat aku yang aku hajati sebelum ni..Cuma nak kurangkan isap rokok tu je la yang sikit lambat la nak pick up. Dah 3 tahun dah x turun2 gak consumption, ini jenis x makan saman ni..Kene terus perbaiki..

Tabiat Pemakanan pun ada la improvement..Tapi aku dah start taking healthy lifestyle la..x banyak, tapi ada la perubahan..Contohnya, beras and minyak yg aku guna kat umah, dinner yang light (walaupun kadang2 terpaksa makan nasi sebab lunch x sempat), breakfast yang kurang kolesterol ( Ni Farhana and Maslynda la yang tegur aku, " Mana boley makan nasik lemak hari2") and lastly, minum air kosong yang banyak (3 - 4 botol sehari, mak oii.. patut la perut aku kembung..kembung konon..padahal buncit)..Well, aku berbangga la sebab dikelilingi oleh org2 yang syg kt kita..selalu advice and ingatkan kita kalau kita lupa..

Anak pun dah genap setahun pada Sabtu lepas, 1 Nov 2014. Nur Aina Alisha nama yang aku cadangkan..Wife aku ok je la..walaupun dia nakkan nama yang dekat2 sikit ngan artis..Semoga Aina akan jadi anak yg solehah ya..

Aku mmg suka belajar. Deep down dalam diri aku.. aku mmg sangat suka belajar, especially benda baru..Pasal tu aku x rasa boring kalau tengah membaca buku..Terima kasih sangat kat company lama aku sebab sponsor aku belajar pada peringkat MSc dan aku berjaya gak habiskan pengajian di UTM secara part time.

Berbalik kepada CHANGE yang aku perlukan..aku rasa kene start balik la berblog ni..Know why? Sebab ramai tanya aku, " Apa hobi ko?". Aku x tau nak jawab apa..x kan aku nak jawab baca buku ke kumpul setem ke..CLiche sangat jawapan ni..Ini jawapan time sekolah2 dulu..Hahaha

Whatever it is, i will continue to write..and i think, i will succeed in doing it..

We need to remember, Energy Follows Intention..Niat tu..kene betul dan kuat.. Hajat pun kene selalu kita renew..supaya kita sentiasa ada objektif dalam hidup..Gila la..cakap dah macam penceramah motivasi kat kem PLKN nih..

Ok dah2, look forward to next entry all..

Goodnight.  Thanks

As Salam..