Thursday, November 13, 2014

I would want a Guitar..

As Salam..

Semalam aku, Zaid and Hadi lunch jauh sikit. Nak ubah angin katanya..Asyik2 makan kat either Warong Anda atau Pulau atau Mamak Hameed. Tu je la pusingannya..Kalau makan kat Mamak Hameed, Zaid akan merajuk..ssambil hayun2 tangan dia mcm budak kecik..so sekali lagi aku akur..kali ni bukan aku sorang je..Hadi pun akur gak..

Amik kereta kat Basement, pas2 gerak ke tempat yang dituju iaitu Kedai Ah Kow..Kedai ni mmg la tokey dia Chinese (harus la, dah nama dia Ah Kow, bukannya Zakaria) tapi makanan dia Halal InsyaAllah..Lokasi nya dekat food court Jalan Raja Muda Musa..sebelah dia HKL..Zaid nak makan mee kicap katanya..memang la sedap kat sini..aku pun pernah try tapi time tu aku terasa nak makan ayam kampung..dah lama ngidam..

Aku tau tajuk entry ni pasal gitar..jap la..aku nak citer pasal makanan dulu..Hahaha

Ok la, sebaik aku masuk je area food court tu..aku terdengar bunyi petikan gitar and ketukan drum..Rupan2nya ada budak2 yang berbusking kt tengah2 food court tu..Suara dia dah la sedap..lagu2 yang dia nyanyikan plak semua lagu baru2..tu yang aku rasa macam nak berlari depan depan dia..pas2 tabik hormat..Hebat betul la budak 2 orang ni..One day u'll be successful bros..Gi jumpa David Teo, confirm dia amik kerja punya.,.

Well, mata aku tertumpu kat tulisan di hujung gitar dia..FENDER..no wonder la bunyi dia best..aku bukanlah expert pasal gitar2 ni..tapi aku tau la sikit2 nak main gitar camane..Aku rasa mcm nak share je video yang aku ada dalam simpanan aku dulu..masa kat universiti..Rasa mcm nak share je tapi aku rasa dulu aku mcm penjenayah pun ada..dengan jambangnya, misainya..hadoi..

Dalam video tu ada arwah macha panggil nama aku lagi..Semoga Arwah ditempatkan dikalangan orang yang Beriman..

Sorry la about the video quality..sebab zaman tu..i phone atau samsung s4 x keluar lagi..zaman 3GP ni..

video

Kesimpulannya, aku nak beli gitar..Pn Hafilah, sila belikan saya 1..YAMAHA pun ok..Heheh..

Ok Sekian..

As Salam

2 comments:

  1. Bagus yak..pinjam sket duit nk beli gitar..nanti aku sign atas gitar tu.. Hehe

    ReplyDelete