Tuesday, December 23, 2014

Serigala yang Besar dan Jahat..Boleh??

As Salam..

Tibe2 semangat lak aku nk tulis entry malam2 buta nih..Walhal aku xtau pun nak tulis pasal apa..Asyik nak tulis pasal ofis je..nanti boring plak..so aku nak citer la pasal pesta buku yang aku pergi awal bulan hari tu..Big Bad Wolf..

Still x faham kenapa nama dia Big Bad Wolf? Tertanya jugak aku kat Pn Hafilah tapi biasala, jawapan dia," Entah ek!". Boleh?

BBW ni dia wat kat Mines International Exhibition & Convention Centre (MIECC)..Boleh plak aku tulis nama penuh tempat ni malam2 buta ni..orang nak cepat lagi mau tulis panjang2..Macam tahun2 lepas, diorang wat kat sini..tapi 1st time aku gi dulu, dia buat kat MAEPS Serdang,,

Yang bestnya, diorang operate 24hours untuk avoid terlalu ramai orang pergi ke event nih..Aku pergi kol 4 pagi kot..Memang cantik la..x ramai orang..

Event ni mmg phenomenon la for general readers and for enthusiasts..Setahun sekali je dia buat..Orang berebut nak datang because buku2 dia jual murah gile kot..RM 8, RM5 and RM3 pun ade..Wife aku tahun ni cari buku untuk anak je..Aku mcm biasa la..konon2 nak jadi pakar motivasi, so cari la buku self help,,tapi kali ni aku ade beli beberapa novel termasuklah hobbit punya series and The Hunger Games..Aku nk cuba baca buku2 yang telah difilemkan kat layar perak..

Tapi yang Hobbit ni ada sikit boring la bila baca..bukan apa..tulisan dia kecik gile..pas2 rapat2..Hampeh..so aku hold dulu..aku baru baca dalam 30 pages..nanti aku sambung..sekarang ni aku baca novel Detective FBI Alex Cross vs The Butcher..pergh best wa cakap lu..

Habes dekat RM 200 gak la..Bukan apa, tahun depan boleh claim rebate masa e Filing..Bukan aku abes pun baca semua. Buku yang beli 2 tahun lepas pun x abes baca lagi..Hahhahh..Kalau sape2 nak pinjam buku bagitau kt aku..aku leh bagi pinjam..nak sewa pun boleh..xde masalah..Wife aku pun ada banyak novel yang Shopaholic punya series tu..Beli banyak2, poyo je, baca sikit je..Hahhaha sorry u..


Banyak gila buku..Kalau nk datang lain kali, bawak lori terus..angkut semua..ngan orang2 skali

Btw..Zaid MC lak semalam..Hampeh boring gile opis xde mamat ni..Rindu lak..Lagi skali aku nak ingatkan kt korang, aku bukan gay ya..ini fake contractual friendship bak kata Rahimi..Kalau Catherin, dia kata ini BROMANCE. Satgi aku upload gamba dia buat muka kagum tengok TV..Ternganga mulut dia, lalat siap keluar masuk lagi ingatkan port baik nak sembunyi.,


Ko tengok dia punya kagum ngan TV tu sebab Celcom Sponsor..Hahah

Julia pun sama..posing poyo je..Kak Maz nak main sembunyik2 plak..Owh Faizah baru sahaja resign..Good luck for your future career path and undertakings ya..Ada rezeki kita jumpa kt Satay Willy..InsyaAllah

Ok la..time for me to tido..

Goodnite..

As Salam

Monday, December 22, 2014

Segitiga Empat

As Salam..

Haaaa...korang penah dengar x perkataan ni? "Segitiga Empat"..Boleh? Aku cari kt kamus, x jumpa..Cari kt google, keluar cara org nk lipat tudung..Segitiga Empat tu..hahahahha lawak2..Padahal dia nak cakap simpang empat ke simpang tiga, tapi dia gabungkan terus, jadik la segitiga empat. Saje aku nak bahan pagi2 ni..siapa yg tergigit cili, dia la yg terasa pedasnya ya..

Lama dah x update blog..bukannya busy, bukannya xde masa, tapi aku tengah syok baca buku..and the best part is, aku baca novel sekrg ni..hampeh..tapi bukan novel romatik ke cinta ke jiwang ke tangkap leleh lentoq ke..aku baca novel action pack punya tau..Cerita pasal kehidupan seorang detective (Alex Cross) dan jugak seorang assassin yang ada habit yang sangat hempeh dan aneh ketika membunuh (The Butcher)..Dah Chapter 53 dah skrang ni..tapi belum klimaks lagi..Sikit je lagi diorang nk bongkar rahsia The Butcher tu, tapi terpotong stim aku di situ sebab Aina n mummy nya masuk dalam bilik..lalu aku pun tido..Hahahhaha..Terkedek2 si kenit jalan sambil mulut dia,"Papa!!Papa!!Papa!!".Haha comel je..

Aku suka citer pasal org..pasal diri sendiri x cerita pun..Tu yg Nadirah kata, "Bahaya kawan ngan Ajak ni..Kang dia tulis pasal kita dalam blog dia". Hahaha..Ala Nad, dont worry aku akan cerita yg best2 je..yg baik2 je..contohnya ko dapat mandat jaga Department minggu lepas..jadi acting HOD tu..boleh bawak rotan gi opis..siapa lambat, sebat 3 kali..

Hahahha ok la..Aku nak gi keje..

Bye2..

As Salam


Sunday, December 7, 2014

HFMD

As Salam..

Lama x update blog nih..Betul2 bz la sejak minggu lepas. Especially when Aina admitted to hospital..Ceritanya camni..

Weekend lepas, aku n family bawak Papa n Mama gi Kuala Kangsar untuk hadiri jemputan kahwin saudara kt sana..Memang besar hati diorang bila dengar my parents nak dtg dari Johor so diorang reserve la Homestay untuk kitorang..Terima kasih sgt2 kak keluarga Kak Heri sbb provide hospitality yg sangat baik..

Akan tetapi..yg x bestnya bila Aina x berapa sihat..Malam x bleh tido asyik nangis je..Ruam2 start naik kat punggung dia..pas2 kaki, tangan sikit2 pas2 mulut..Wife aku terus suspect HFMD ni..bagi bubur n susu x mau..so decision kitorang utk stay lagi satu malam bergantung kepada doctor punya nasihat la..Kitorang bawak la g klinik kt Bandar yg panel AIA..jumpa doc dan dia kata ini biasa ni..2 3 hari boleh settle ni..Lega dgr explanation dari doc, so kitorang pon decide untuk stay 1 malam lagi..

Seperti malam sebelumnya, Aina tetap xnak tido..Kol 12 tghari esoknya, kitorang check out dari hotel and gerak tros balik kajang..Pukul 3 sampai terus makan tengahari dengan lahapnya kt Seksyen 7 Bangi..

Memandangkan keadaan Aina yg masih lg xnak makan n minum, hati ni cakap nk bawak ke klinik lagi skali. Kasi betul2 puas..Bile cerita dengan doc pasal Aina n tunjukkan ruam dia, terus doc kata, " Ini kene warded ni". Aduhhhhh lagi sekali..hari tu Aina kene warded dah sebelum Raya..ni kene lagi skali..Aku bukan apa..bukan xnak Aina sihat..tapi x sanggup tgk Aina kene cucuk kt tangan untuk dripping..Kesian sangat..Doc terus buat referral letter untuk pergi An Nur tapi malangnya penuh..Aku call semua hospital kt Kajang, Cheras n Puchong..Semua penuh..Last resort, aku call AIA tanya pasal Prince Court..Diorang kata AIA panel..Lantas aku pun call n pergi terus ke sana..

Wife aku mata dah bersinar2 dah nk gi Prince Court ni..Ek eleh..macam nak gi Hotel Palace of the Golden Horses la pulak..Aku dalam hati,' Mamp*s aku kene bayar berapa la ni". Tapi untuk kebaikan Aina..ku tahan Jebatttt..

Pukul 12 am..after jumpa doc..baru la Aina dapat masuk ward..punya la lama Aina nangis sebab kene cucuk ngan jarum untuk drip tu..Nasib baik aku duduk luar..Kalau aku kt dalam tu, aku dah lempang nurse tu dah..15 minit cari urat..Doc buat sekejap je..What the..

Once dah masuk ward, aku dah lega boleh rehat..Letih kot seharian drive..terkejar2 ke hulu ke hilir..Aina lagi la x payah cakap la..terus tido once masuk ward..dia lagi penat kot..Nasib baik Kak Ina and Kak Ida datang dari Johor malam tu jugak untuk teman wife aku jaga Aina..Thanks my sisters..Amacam??Best x jadi adik bongsu..Tu la kelebihan dia..Hahah..






Hari Khamis, doc bagi kebenaran untuk discharge..moment ni yg aku tunggu2 ni..nak standby berapa la yg nk kene bayar ni..Dahla duduk kt Prince Court..Aku first time gi Prince Court dulu, dah masuk kt dalam lobby tu, aku keluar balik la..cuma nak pastikan yg ini hospital, bukan hotel..Hahaha gile grand..Aku ngan akak2 aku ni dahla jakun sikit..kata Hospital paling mahal kt Malaysia..

Well, aku lega masa kt billing counter tu dia kata.."OK encik Razzaq, fully covered by AIA ya". Fuhhhhhhh aku tiup nafas lega..Aku rasa tiupan aku tu kuat gak la sampai kertas atas meja tu terangkat2 sikit..Eceh, dramatik lebih..

Alhamdulillah..syukur sangat2 yg Aina dah sihat and everything is covered by the insurance panel..Couldn't ask for more..Lepas baik terus berminat nak main mainan yg aku belikan beberapa bulan lepas..Cer tengok video bawah ni..




Aku cuma nak doakan supaya family, kawan2 dan kita semua diberikan kesihatan yang sempurna untuk kita jalani kehidupan seharian kita for the next life of course..InsyaAllah..

As Salam..