Sunday, December 7, 2014

HFMD

As Salam..

Lama x update blog nih..Betul2 bz la sejak minggu lepas. Especially when Aina admitted to hospital..Ceritanya camni..

Weekend lepas, aku n family bawak Papa n Mama gi Kuala Kangsar untuk hadiri jemputan kahwin saudara kt sana..Memang besar hati diorang bila dengar my parents nak dtg dari Johor so diorang reserve la Homestay untuk kitorang..Terima kasih sgt2 kak keluarga Kak Heri sbb provide hospitality yg sangat baik..

Akan tetapi..yg x bestnya bila Aina x berapa sihat..Malam x bleh tido asyik nangis je..Ruam2 start naik kat punggung dia..pas2 kaki, tangan sikit2 pas2 mulut..Wife aku terus suspect HFMD ni..bagi bubur n susu x mau..so decision kitorang utk stay lagi satu malam bergantung kepada doctor punya nasihat la..Kitorang bawak la g klinik kt Bandar yg panel AIA..jumpa doc dan dia kata ini biasa ni..2 3 hari boleh settle ni..Lega dgr explanation dari doc, so kitorang pon decide untuk stay 1 malam lagi..

Seperti malam sebelumnya, Aina tetap xnak tido..Kol 12 tghari esoknya, kitorang check out dari hotel and gerak tros balik kajang..Pukul 3 sampai terus makan tengahari dengan lahapnya kt Seksyen 7 Bangi..

Memandangkan keadaan Aina yg masih lg xnak makan n minum, hati ni cakap nk bawak ke klinik lagi skali. Kasi betul2 puas..Bile cerita dengan doc pasal Aina n tunjukkan ruam dia, terus doc kata, " Ini kene warded ni". Aduhhhhh lagi sekali..hari tu Aina kene warded dah sebelum Raya..ni kene lagi skali..Aku bukan apa..bukan xnak Aina sihat..tapi x sanggup tgk Aina kene cucuk kt tangan untuk dripping..Kesian sangat..Doc terus buat referral letter untuk pergi An Nur tapi malangnya penuh..Aku call semua hospital kt Kajang, Cheras n Puchong..Semua penuh..Last resort, aku call AIA tanya pasal Prince Court..Diorang kata AIA panel..Lantas aku pun call n pergi terus ke sana..

Wife aku mata dah bersinar2 dah nk gi Prince Court ni..Ek eleh..macam nak gi Hotel Palace of the Golden Horses la pulak..Aku dalam hati,' Mamp*s aku kene bayar berapa la ni". Tapi untuk kebaikan Aina..ku tahan Jebatttt..

Pukul 12 am..after jumpa doc..baru la Aina dapat masuk ward..punya la lama Aina nangis sebab kene cucuk ngan jarum untuk drip tu..Nasib baik aku duduk luar..Kalau aku kt dalam tu, aku dah lempang nurse tu dah..15 minit cari urat..Doc buat sekejap je..What the..

Once dah masuk ward, aku dah lega boleh rehat..Letih kot seharian drive..terkejar2 ke hulu ke hilir..Aina lagi la x payah cakap la..terus tido once masuk ward..dia lagi penat kot..Nasib baik Kak Ina and Kak Ida datang dari Johor malam tu jugak untuk teman wife aku jaga Aina..Thanks my sisters..Amacam??Best x jadi adik bongsu..Tu la kelebihan dia..Hahah..






Hari Khamis, doc bagi kebenaran untuk discharge..moment ni yg aku tunggu2 ni..nak standby berapa la yg nk kene bayar ni..Dahla duduk kt Prince Court..Aku first time gi Prince Court dulu, dah masuk kt dalam lobby tu, aku keluar balik la..cuma nak pastikan yg ini hospital, bukan hotel..Hahaha gile grand..Aku ngan akak2 aku ni dahla jakun sikit..kata Hospital paling mahal kt Malaysia..

Well, aku lega masa kt billing counter tu dia kata.."OK encik Razzaq, fully covered by AIA ya". Fuhhhhhhh aku tiup nafas lega..Aku rasa tiupan aku tu kuat gak la sampai kertas atas meja tu terangkat2 sikit..Eceh, dramatik lebih..

Alhamdulillah..syukur sangat2 yg Aina dah sihat and everything is covered by the insurance panel..Couldn't ask for more..Lepas baik terus berminat nak main mainan yg aku belikan beberapa bulan lepas..Cer tengok video bawah ni..




Aku cuma nak doakan supaya family, kawan2 dan kita semua diberikan kesihatan yang sempurna untuk kita jalani kehidupan seharian kita for the next life of course..InsyaAllah..

As Salam..










4 comments:

  1. wahh..insuran personal ke company? untunglah..aina, bila nk jumpa hanan ni? hehe

    ReplyDelete
  2. Nard..insurans company..tapi kalau personal pun boleh gak. Aku suggest ko amik la utk hanan..tu la aina bz xleh jumpa hanan lg..hehe..insyaAllah ade rezeki nanti

    ReplyDelete
  3. fareez pun dah kena HFMD gak rituh..cian diorg kalo kena cucuk jarumm...trajedi cucuk mencucuk ni sakit ati dibuatnye..hehe..

    ReplyDelete
  4. itu la yg aku x sanggup Rini..mau je aku letup hospital tu..tapi nasib baik aku sabar..hahah

    ReplyDelete